Happy Giler Ada Sos Kapprau Ni, Senang Cik Yam Nak Masak





Kerja kat pejabat betul-betul sibuk dan menuntut masa yang tinggi. Mana Cik Yam nak buat artikel untuk majalah, artikel untuk website. Pastu nak pergi photoshoot majalah, video lagi. Arghhhhh. Kalau nak balik masak rendang, gulai bagai tu memang assalammualaikum la jawabnye.

Tapi ada satu benda yang buat Cik Yam rasa yezzaaaaaa lihatlah dunia, aku dapat sediakan makanan sedap namatie kat suami sesambil jamu tekak sendiri. Nak tahu apa dia? Sos Kapprau. Kena sediakan stok ikan dalam peti sejuk je. Belilah ikan apa-apa pun, semua sesuai nak masak.

APA TU SOS KAPPRAU?



Sos kapprau adalah sejenis sos yang dibuat menggunakan daun kapprau. Dalam sos ni selain daun kapprau ada bawang, asam, cili, garam, gula dan minyak masak. Resipi sos kapprau ni sebenarnya adalah resipi asal dari bumi Thailand. Namun Sos Kapprau keluaran Ellsee ni resipinya diolah oleh Tuan Abu Dhiya yang merupakan salah seorang BOD Ellsee sendiri.

Inilah ramuan Sos Kapprau

* Daun kapprau
* Bawang
* Asam
* Cili
* Garam
* Gula
* Minyak masak

MACAM MANA RASA SOS KAPPRAU NI?



Selepas makan sos ni, apa yang Cik Yam boleh katakan adalah rasanya gabungan masam, manis dan pedas. Tapi bukanlah pedas teruk. Pedas-pedas manja yang menjadikan sos ni cukup lengkap untuk dinikmati dengan ikan atau makan laut yang lain yang digoreng garing. Sedap sesangat. Yang penting senang nak sediakan lauk untuk keluarga.

MACAM MANA NAK SEDIAKAN?


Anda cuma perlukan 4 saja bahan asas.

Bahan-bahan
1 ekor ikan (boleh juga tukar kepada ayam, ketam, telur ayam)
1 biji telur ayam
3 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Sos kapprau



Cara membuat
1. Bersihkan ikan. Kelar ikan supaya cepat masak dan sos mudah meresap ke dalam daging ikan.
2. Pecah telur ayam. Kacau.
3. Lumurkan ikan tadi dengan telur ayam.
4. Golekkan ikan pada tepung jagung.
5. Goreng dalam minyak masak panas dengan api sederhana.
6. Siram dengan sos kapprau. Siap!

MACAM MANA NAK DAPATKAN SOS KAPPRAU?


Nak dapatkan sos ni, korang boleh PM Cik Yam kat link ni. Nak EMAIL boleh, nak WHATSAPP pun boleh. Memana yang senang. Harganya RM20 sebotol berisi 325 gram. Murah saje.

MEMBELI SAMBIL MENDERMA

Sebenarnya, menjual Sos Kapprau ni adalah salah satu usaha Ellsee Academy untuk isi tabung dana pembinaan Maahad Tahfiz Al Mahabbah At Tijari. Jadi sesiapa yang membeli, anda juga ialah seorang penyumbang kepada dana maahad tahfiz ni. Moga Allah membalas jasa baik korang.

TQ gaisss

ORDER:
Klik Whatsapp Cik Yam

Catat Ulasan

0 Ulasan