Suami Mr Mama, Nah Ni Tip Untuk Kita Sebagai Isteri Bekerja


Cik Yam tak pernah sorok pasal Cik Yam bersuamikan seorang lelaki bergelar Mr Mama. Kenapa? Malu ke?

Tak malu pun. Siap masuk majalah lagi. Majalah Pa&Ma. Kenapa perlu malu?

Kami suami isteri lalui hidup dengan cara yang telah Allah tetapkan. Bukan suami tak nak kerja tetap. Tapi gaji yang ditawarkan selalunya rendah disebabkan akademik dan status dia sebagai OKU.

Jadi lebih baik Cik Yam yang bekerja dan dia tetap bekerja tapi kerja sendiri. Buat servis pembersihan dan niaga burger dari rumah.

Kita hidup tak mampu nak puaskan hati semua orang. Walau ada yang pandang sinis sebab suami tak kerja tapi Cik Yam syukur sesangat.

Suami pandai masak, pandai urus rumah, basuh kain, jemur kain, lipat kain. Paling best suami lagi terer jaga baby daripada Cik Yam sendiri. Anak kitorang suami yang jaga tak pernah hantar pengasuh pun.

Allah dah tetapkan suami isteri tu saling memerlukan dan melengkapi kan?

Nah, Cik Yam bagi tip kat korang yang mungkin jalan cerita hidup lebih kurang sama dengan Cik Yam tapi malu nak akui.

Tip untuk isteri yang bersuamikan Mr Mama ni simple jer:

🤗 Jangan bandingkan diri dengan isteri lain yang dapat duit kepok-kepok tiap bulan daripada suami. Nanti korang yang gila babi sendiri.

🤗Jangan hilang hormat kat suami sebab dia tak bagi duit berkepok tiap bulan. Ingat ya. Suami perlukan hormat seorang isteri kerana title dia sebagai suami. Lelaki kan ada ego.

🤗Bersyukur dengan apa yang suami berikan semampu dia. Walau duit RM5 atau RM10, hargai macam dapat loteri.

🤗Yang ni korang kena take note.
Pastikan suami korang sayang korang macam permaisuri sebab korang dah bantu dia cari nafkah dengan penuh keredaan (redha). Kalau dia lupa birthday korang, sila merajuk seminggu. Hahaha ❤❤❤

Catat Ulasan

0 Ulasan