Hari ni Cik Yam nak share pasal macam mana cara kita isteri yang bekerja ni untuk buat bisnes tanpa membuatkan suami jadi bengang. Yalah kan, suami mana yang tak bengang kalau isteri siang kerja, malam pulak sibuk menghadap telefon melayan mesej dengan bakal kastemer.
Mungkin sebulan dua suami masih bersabar. Tapi masuk bulan ketiga, suami mula bising dan mempertikaikan apa yang kita buat tu. OK jom Cik Yam story mory.
TIP PERTAMA: MINTA RESTU
Sebagai isteri, kita isteri bekerja ni kena mintak restu dulu kat suami. Nak keluar bekerja pun kena mintak izin kan? Inikan pulak bila kita nak menceburkan diri dalam dunia bisnes. Kita kena faham, restu suami tu sangat penting.
Macam Cik Yam, masa nak join Ellsee ni, Cik Yam masak makan malam tu spesial sikit. Lepas dia dah kenyang, time rehat tu Cik Yam slow talk. Kata nak join Ellsee. Bila join akan ada kelas 15 hari tanpa skip. Jadi nak ada masa sikit untuk join kelas, buat task dan lepas tu sibuk nak promote kat sosial media. Semua tu kena masa. Jadi mintak restu suami. Bila suami restu, barulah buat.
So, clear ya. Yang pertama, restu suami.
TIP KEDUA: BUAT JADUAL
Jadual ni penting tau. Sejak sekolah kita dah dididik dengan jadual kan? Jadi bila dah kerja, dah jadi isteri orang, jadual tetap kena ada dan ikut. Kalau jadual ada tapi tak ikut, tak guna gak. Macam ni, apa yang Cik Yam buat adalah begini. Pagi sampai petang, kerja. Bila balik rumah, jangan terus hadap telefon. Hadap suami dan anak dulu. Dalam jam 9 malam tu bolehlah jenguk-jenguk sikit telefon tu. Lepas tu dalam jam 10 tu berhenti sekejap. Layan anak nak tidur atau tengok keadaan. Setengah jam sekali baru tengok telefon. Jangan memanjang telefon tu kat tangan.
Hujung minggu pulak, Sabtu Ahad tiada istilah cuti dalam bisnes. Jadi peruntukkan masa pagi untuk keluarga. Time ni lah kita nak masak special sikit untuk suami dan anak. Kemudian barulah kita tengok telefon. Layan segala benda yang kastemer nak.
Macam Cik Yam, jam 12 ke atas selalunya Cik Yam peruntukkan untuk buat copy writing. Kadang tak perlu pun copy writing panjang berjela. Yang pendek dan padu pun dah memadai. Sehari buat dua atau tiga copy writing pun dah cukup. Selebihnya kita buat yang ringkas-ringkas ikut keperluan.
Jadual ni kita buat adalah untuk seimbangkan masa dan supaya suami tak rasa terabai. Suami kalau dah start rasa terabai, selalunya dia akan marah, kan? Buat gaduh je.
TIP KETIGA: BAGI PENGHARGAAN
OK. Kita buat bisnes mestilah ada untung kan? Jadi apa yang Cik Yam buat adalah sesekali, bagilah hadiah kat suami dan anak. Tak payahlah hadiah mahal. Yang kecik pun boleh. Macam Cik Yam, selalunya belikan makanan. Kadang belikan mainan untuk anak dan beg untuk suami. Ala, beg dia gi keje je. Tak pun belikan t-shirt.
TIP KEEMPAT: BERCERITA DAN MINTAK PENDAPAT
Ha, yang ni pun penting. Apa-apa kita buat, suami kena nombor satu. Syurga kita kan di bawah kaki suami. Cik Yam selalu bercerita pada suami. Ellsee macam ni, Ellsee macam tu. Lagilah sekarang ni hujung minggu pulak Cik Yam niaga bukak booth. Lagilah kurang masa dengan suami dan anak, kan?
Mintak pendapat suami. Tanya dia, nak bukak booth boleh ke? Abang rasa macam mana? Dia akan rasa diperlukan dan penting di sisi kita. Ha, barulah suami tak bengang bila isteri sibuk kerja dan niaga. Gitu.
Bermanfaat? Terima kasih kerana membaca.
0 Ulasan