ISU KAHWIN LEWAT: PART 1: Faktor orang anggap anda sudah patut kahwin



Hai. Bagi menyempurnakan janji akak kat kawan-kawan fb, akak akan tulis tip mengenai isu kahwin lewat. Supaya penulisan ini lebih mudah nak dihadam, akak tulis part by part ya.

Isu kahwin lewat ni memang tak habis-habis jika nak dibincangkan. Kadang-kadang bukan tak nak kahwin pada usia sesuai, tapi dah jodoh takde time tu, nak buat macam mana, ya tak?

Jodoh itu rahsia Allah. Cepat atau lambat, bukan kita penentunya. Kita usaha, Allah yang tentukan.

Tekanan demi tekanan yang datang, selalunya lebih daripada orang sekeliling iaitu makcik, sepupu, jiran. Ibu bapa kita selalunya lebih tenang. Tiada tekanan pun daripada mak bapak. Itu pengalaman akak.

Part 1 ni akak nak cakap soal faktor orang sekeliling anggap anda sudah patut kahwin.

Pertama - Adik anda dah kahwin.
Faktor pertama ni selalu sangat terjadi. Lebih-lebih lagi kalau anda anak sulung. Apabila adik anda dah kahwin, orang sekeliling akan anggap dah terlewat kahwin. Orang tak akan anggap adik anda yang kahwin awal sangat.

Di sinilah bermulanya tekanan akan timbul. Tak percaya? Hahaha. Hanya orang yang melaluinya akan faham perasaan orang sebegini.

Kedua - Usia mula cecah 30.
Faktor kedua ialah usia. Walaupun mak ayah kita selalunya relaks je, tapi orang sekeliling mula heboh dan sibuk soal ni.

Mulalah akan timbul pertanyaan-pertanyaan yang kita sendiri tak ada jawapannya. Serba salah pun ada gak time nak menjawab tu.


Kadang-kadang nak juga menjawab alahai baru 30 kot. Sabarlah.

Ketiga - Hidup dah lengkap
Faktor ketiga yang membuatkan orang sekeliling rasa kita dah patut kahwin ialah apabila hidup kita dah mula lengkap. Maksudnya apabila balik kampung tu kita bawa kereta, rumah pun dah ada, kerjaya dah mantap.

Mesti akan ada yang cakap macam ni. Rumah dah ada, kerja ok, kereta besar... bila nak ada calon?

Keempat - Apabila mula dikenenkan.
Ha... yang ni faktor serius. Memang orang sekeliling dah anggap anda sebenarnya patut kahwin. Namun malangnya anda tak pandai cari calon. Hahahaha. Tercabar tak?

Mesti anda rasa malu-malu alah, kan? Seolah-olah anda ni tak kahwin lagi sebab takde boyfriend atau girlfriend. Dalam bahasa lebih sinisnya, anda tak laku-laku. Padahal ramai kot... kikiki cuma belum ke arah nak berumahtangga. Sebaliknya orang sekeliling rasa mereka patut bantu anda cari jodoh.

Apabila tiba situasi begini, anda janganlah cepat melenting. Anda harus positif. Anggaplah mereka cuba membantu anda. Terima atau tidak calon yang mereka kenenkan itu, belakang kira.

Rasanya cukuplah empat faktor akak huraikan. Mungkin ada lagi faktor lain yang orang anggap anda sudah patut kahwin. Namun mengikut pengalaman akak, inilah faktor yang selalu bermain di fikiran suatu ketika dulu sampai akak rasa seriau tiap kali nak balik kampung.

Kita jumpa dalam sesi part 2 nanti ya.

#isukahwinlewat

Catat Ulasan

0 Ulasan