Iklan Nuffnang

Ahad, 8 Januari 2017

DAY 4: 31 days challenge by jdt blogger - Apa Di Dalam Beg?


SALAM hari minggu semua. Kali ni nak buat entri untuk hari ke-4 cabaran 31 days challenge by jdt blogger. Diam tak diam dah hari ke-4 kan. Sekejap je. Tajuk untuk hari ke-4 ialah Apa Di Dalam Beg?

Kalau cerita pasal beg tangan orang perempuan ni memang tak pernah ringan. Selalu je berat. Dalam beg tangan orang perempuan selalunya ada beg lain. Macam aku la. Beg merah ni aku isi segala benda yg senang nak diambil.

Kalau ikut dalam gambar kat atas tu, itu semua barang-barang wajib. Ada bedak kompak, lipstik dan eyeliner. 

Lepas tu sebagai wartawan, haruslah kena ada banyak pen. Semuanya kena ada dakwat. Malu je bila nak interview orang, tetiba orang tu dah mula bercakap, kita tergores-gores atas kertas sebab dakwat pen tak keluar. Hahahaha. Opsss memang pernah berlaku.

Turut ada ialah cermin mata. Ermmmm saya rabun. Power bank pun kena ada. Kalau bateri fon habis, sapa nak jawab?

Barang-barang lain yang selalunya ada ialah dompet. Ada la beberapa helai duit untuk sara hidup harian. Duit makan, duit parking, tol dan sebagainya. Nak beli jajan ke... kopi ke....

Kadang-kadang ada jugak terbawak topi anak, puting anak... Ermmmm gitulah beg mak-mak.

OK. Jumpa lagi dalam entri seterusnya ya... entri ke-5 yang bertajuk 6 perkataan menggambarkan diri. 

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger 



Tiada ulasan: