DAY 3: 31 days challenge by jdt blogger - Gambar Dengan Kawan

ASSALAMMUALAIKUM. Dah masuk hari ke-3 untuk meneruskan cabaran 31 days challenge by jdt blogger. Rasa teruja untuk menulis entri ini kerana berkaitan dengan kawan. Perkataan lain yang kita rujuk pasal kawan ialah rakan, teman, sahabat. 

Kalau sebut kawan atau sahabat, aku ada seorang sahabat yang sangat aku sayang. Namanya Suziana. Orang Kelantan. Juga seorang wartawan sama macam aku. Kalau nak cerita pasal persahabatan aku dengan Suzi, panjang sungguh. Demi cabaran ini, aku ringkaskan supaya tak jemu membaca. Yelah, aku bukan retis yang orang nak sangat tahu kisah hidup dia, kan? Hehehe... sedar diri.

Aku kenal Suzi ni di UiTM. Kami daftar di fakulti dan kolej kediaman yang sama. Dia lepasan STPM. Aku pun sama. Tahun 1999 kami daftar di UiTM. 

Persahabatan kami berterusan sampai habis belajar. Cari keje sesama. Susah sama-sama. Dari 1999 sampai la sekarang tahun 2017 ni kami masih berkawan. Apatah lagi kami kerja satu tempat. 

Aku pernah kerja di 7E, dia pun sama. Keje Guardian, dia pun sama. Malah masa aku dapat kerja guru sandaran kat Kelantan, aku tumpang tinggal kat rumah mak dia. Mak dia kat kampung tu dan macam mak aku. 


Tahun 2013, bulan November, Suzi nak kahwin. Aku tak tahu apa perasaan aku masa tu. Happy? Of courselah happy, member nak kahwin kot. Tapi jauh di sudut hati aku, aku tersangatlah sayu sebab aku fikir lepas ni aku akan keseorangan takde sahabat di sisi aku. Dah kahwin mestilah masa banyak dengan suami. Sedangkan aku sorang-sorang kat rumah. Mak bapak dahlah jauh. Sedihnya la hai....

Tapi perancangan Allah tu lebih hebat. Mei 2014, aku pulak bertemu jodoh. Siapa sangka, enam bulan lepas sahabat aku ni kahwin, aku pulak kahwin. Daripada berdua, kini kami berempat. 



Selepas dua bulan aku kahwin, aku disahkan mengandung. Paling manis bila Suzi pun mengandung jugak. Dan kami membawa perut ke sana ke mari bersama-sama. Kami check up di Klinik Kesihatan sesama. Beli baju mengandung sesama. Beli baju baby sesama. Mengidam sesama. Mabuk morning sickness sesama. Hahahaha.... azab tapi seronok giler kenang balik time tu. Errmmmm.... tetiba rasa nak preggy lagi la pulak.

Tak lama lepas tu, bulan Februari 2015 Suzi bersalin. Aku pulak bersalin Mac 2015. Anak Suzi lelaki. Anak aku perempuan. Anak kami beza hanya 15 hari. Sweet tak?

Inilah serba ringkas mengenai persahabatan aku dan Suzi. Since 1999... kiralah sendiri kalau nak tahu dah berapa tahun kami berkawan.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Catat Ulasan

3 Ulasan

yaya cendana berkata…
huyoo akakk..bby bump! ahahaha .. komen sini jom http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html
Kasih Juju berkata…
sweetnye preggy sama dengan bff :)

http://www.kasihjuju.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-4.html
Edrina Zulkafli berkata…
woah. lamanya. moga terus menjadi sahabat sejati :)

*drop by from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-3-gambar-dengan-kawan.html