Hujan Turun Lagi - Alaf 21


SELEPAS dua buku genre kanak-kanak, aku berjinak-jinak pula dengan portal ILHAM Grup Buku Karangkraf. Sambil-sambil menaip artikel di rumah, aku melayari portal ILHAM. Aku baca beberapa karya yang mempunyai angka bacaan tinggi. Aku sebenarnya dah lama teringin nak memiliki novel sendiri. Namun, entahlah tak termampu nak menulis kisah matang yang akan mengajak pembaca terus menatap tulisan aku tu. 

Aku terfikir, apa salahnya jika aku menulis cerpen dahulu. Aku buka majalah Mingguan Wanita (MW) kerana dalam majalah tu memang ada ruangan Cerpen. Kemudian aku pun taip cerpen yang bertajuk Jarak Cinta Kita. Mula-mula aku nak hantar ke MW kemudian beralih pula ke portal ILHAM. Jadi pada 26 Februari lalu, aku mendaftar sebagai penulis ILHAM dan aku muat naik cerpen bertajuk Jarak Cinta Kita. Baru beberapa jam aku muat naik, aku lihat angka bacaan telah berpuluh-puluh. Oh, rasa bangga jugalah. Hehe.

Aku jadi semangat nak menulis. Aku pilih kisah lebih berat emosinya. Judulnya Kucari Sinar Cintamu. Aku muat naik pada 27 Februari 2013 iaitu sehari selepas muat naik cerpen pertama. Ya, angka bacaan juga tidak mendukacitakan walaupun tidaklah sampai ribuan. Selang beberapa hari kemudian, aku terima e-mel daripada pihak ILHAM yang memberitahu aku bahawa mereka berminat untuk menerbitkan cerpen aku dalam bentuk buku bersama 24 penulis ILHAM yang lain. Jadi, inilah hasilnya. Kepada yang mahu membaca cerpen ini, bolehlah dapatkan buku Hujan Turun Lagi terbitan Alaf 21 atau layari portal ILHAM.

Saya turunkan link di sini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan