Mari Baca Kawan Baru FB


Alhamdulillah. Inilah karya pertama aku bersama Karangkraf di bawah Grup Buku, Buku Prima. Sungguh teruja. Apatah lagi buku ini dihasilkan bersama empat penulis hebat yang telah lama bergelar penulis sama ada di Alaf 21 ataupun Buku Prima sendiri. Aku copy paste sinopsis lengkap daripada blog http://siti-muthiah.blogspot.com/2012/09/kawan-baru-fb.html untuk anda melihat dengan lebih detail mengenai buku ini. Jika mahu membeli buku ini, jangan segan-segan e-mel kepada sme77.my@gmail.com ya! Harganya RM20 sahaja. Penuh dengan gambar warna-warni dan ada 15 cerpen yang menyeronokkan.


Kawan baru FB


Tahniah, Kak LynnDayana ^^
Serba boleh… itulah yang boleh Hanan kata tentang empunya diri ini. Moga tabah mengharungi ujian-NYA. ALLAH cinta… DIA menduga.

Buku-buku lain Lynn Dayana dengan Grup Buku Karangkraf :
  1. Jikabenar cinta, Alaf21
  2. Hakcinta terpelihara, Alaf21
  3. Tarikhluput cinta, Alaf21
  4. Juaracarta cinta, Alaf21
  5. Kisyahbudak junior masterchef (Merah Cinta Kita), Buku Prima
  6. Cintaedisi terhad, Alaf21
  7. Cinta perisa dia, Alaf21
  8. Tolonglahjangan hukum dia (Merah Cinta Kita), Buku Prima
  9. Antologi Jiwa Kacau
  10. Demam Aishiteru, Buku Prima
Sinopsis

Lagu hati Sefia : Jadi penyanyi kan bagus? Popular, kaya dan berjaya! Itu mimpi Sefia. Bila tragedi melanda dan Sefia kelam kabut mana satu alif, mana satu ba dan hilang huruf ta, Sefia sedar dari leka. Hafal lirik itu membuang masa. Baca Al-Quran lebih banyak afdalnya.

Sesat Dalam Terang : Kembar Hanif dan Hanani yang berbeza tingkah. Hanif mahu cepat saja. Suka tergesa-gesa. Masuk ke dalam hutan, mereka sesat dalam terang. Mujur ada Hanani yang pulang mendapatkan bantuan. Hanif belajar makna merendah diri dan berfikir dengan logik.

Kuasa Kerepek : Yalah, dia anak orang miskin. Emak menjual kerepek saja. Hari Guru, Arman diketawakan. Pelajar lain beri hadiah mahal, dia beri kerepek saja. Namun dengan kuasa kerepek itulah dia menyelamatkan kawan sekelasnya yang kemalangan jalanraya. Kawan yang tadinya sombong jadi malu.


Tahniah, Kak LailaKamilia
^___^ Moga Kak Laila terus sukses dalam lapangan ini, insya-ALLAH… amin.

Buku-buku lain Laila Kamilia dengan Grup Buku Karangkraf :
  1. Lakarankasih, Alaf21
  2. Cintapandang kedua, Alaf21
  3. Saatkau hadir, Alaf21
Sinopsis

Neptun perlukan raja : Indahnya kalau Teluk Intan tiba-tiba jadi pulau berais. Sejuk, nyaman dan putih bersalji. Tak perlulah bosan duduk di depan TV semata-mata kerana matahari tegak di kepala membahang dengan suhu mak ai, berpinau mata. Suatu hari impian Amsyar Daniel menjadi kenyataan! Peluang menjadi Raja kepada Planet Neptune datang sekelip mata. Aha! Mari kita kongsikan pengalaman beliau mentadbir planet berais.

Hakimy hilang PSP : Hobi Hakimy main PSP. Diusung ke sana ke sini hingga hobi bertukar obsesi. Pesan mama jangan bawa PSP keluar dari rumah tapi kalau sudah namanya obsesi, diam-diam PSP dibawa tanpa mama sedari. Janjinya hanya mahu main sekejap sampai tahap yang diingini. Tapi bila sakit perut, fikiran yang waras sudah tidak boleh fikir apa-apa lagi. Cari tandaslah nak ke mana lagi? Tapi PSP? Oh! Ini cerita seorang budak lelaki yang terpaksa membayar sebuah pengalaman dengan harga yang tinggi. 

Kawan baru FB : Mila seorang kanak-kanak yang baru belajar menutup aurat. Sekalipun hanya anak penjual kuih, dia juga tidak mahu ketinggalan dalam dunia Facebook. Bertuahlah kerana bapanya seorang juruteknik komputer yang berfikiran terbuka. Jadi bila ayah beri lampu hijau membuka akaun FB, kerjanya asyik melayan FB hingga karipap digoreng jadi hangus. Hari-hari kerjanya menanya bilangan 'friend' yang ada di FB dengan kawan-kawan sekelas. Masing-masing berlumba siapa punya 'friend' teramai. Satu kejadian membuatkan semua kawan-kawan Mila mula takut dengan dunia FB. Hey! Kejutan dari teman FB menyedarkan Mila apakah nilai persahabatan sebenar.


Tahniah, Kak CikYam Elias Maryam Elyas.
Ehe. Baru mengenalinya. Salam ukhwah, kak. Moga ikatan ini akan lestari selamanya, insya-ALLAH.

Sinopsis

Akibat lupa kawan : Rozi dan Raihana berkawan baik. Semuanya berubah dengan kehadiran Faridah. Rozi semakin rapat dengan Faridah dan Raihana terpinggir. Akhirnya Rozi mulai sedar tindakannya itu tidak elok dan mereka gembira berkawan bertiga.

Oh, Maria! : Maria ialah anak yatim piatu. Kematian Tok Samad akibat dipatuk ular membuatkan Maria semakin sedih. Kegembiraan mulai terpancar apabila Mak Intan dan Pak Ibrahim mengambilnya sebagai anak angkat.

Tragedi tali air : Kejadian Fikri hanyut di tali air menjadi pengajaran kepada Puan Tina supaya lebih bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerja.


Ehe. It's me! Alhamdulillah. Semuanya terlaksana dengan izin ALLAH. Juga... sokongan daripada suami (sayang kamu ketat-ketat) dan mereka yang mengasihi Muthiah.

Sinopsis

Balqis dan Tina : Walaupun kembar seiras, Balqis dan Tina sering sahaja berkelahi. Macam anjing dengan kucing, tidak boleh duduk bersama. Ada sahaja yang tidak kena sampai pening kepala Puan Zaharah dibuatnya. Satu hari, Puan Zaharah membawa Balqis dan Tina ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Namun tanpa disangka, Balqis telah hilang!

Kakak, Adik keluar angin! : Izzah hendak menunaikan Solat Zohor secara berjemaah dengan kakaknya tetapi Ifaf pula mahu tengok cerita kartun. Aduhai, keduanya saling menyalahkan antara satu sama lain. Ifaf marahkan Izzah yang ambil wuduk sampai lencun bajunya. Manakala, Izzah pula salahkan Ifaf kerana melengahkan solat. Puan Zaiton menasihati mereka agar tidak bermasam muka sesama adik-beradik.

Mimpi ngeri Daniel : Daniel sangat suka tengok cerita kartun sampai tidak mahu ke mana-mana. Baik bermain dengan kawan-kawannya di padang mahupun mengikut mami dan abahnya ke pasar. Daniel lebih senang duduk di hadapan TV, pagi petang siang malam. Satu malam, Daniel telah bermimpi dikejar pak cik-pak cik Casper yang jahat. Daniel insaf dan berjanji tidak melawan cakap mami dan abahnya lagi. 


Lama tidak bertemu dengan kakanda yang seorang ini. Tahniah, Kak Zakiah. Sebab dapat 'baby' dan baby baharu. Moga ALLAH merahmati :)

Buku-buku lain Zakiah Abd Ghaffar dengan Grup Buku Karangkraf:
  1. Riang ria Almira, Buku Prima
  2. Ella gadis pencegah maksiat (Merah Cinta Kita), Buku Prima
  3. Gadis contact lens (Merah Cinta Kita), Buku Prima
  4. Beg toing-toing untuk Zaira, Buku Prima


Catat Ulasan

0 Ulasan