Iklan Nuffnang

Sabtu, 28 April 2012

Stress Penyebab Kanser?

Sejak isu Januari hinggalah Jun, selain ruangan dekorasi, aku juga menyelaraskan ruangan kesihatan. Baru-baru ini, aku menemu bual dua pesakit kanser iaitu kanser limfoma dan kanser servik atau pangkal rahim. Kedua-dua mereka kelihatan sihat walaupun bergelar bekas pesakit kanser. Menurut mereka, ketika kali pertama diberitahu oleh doktor bahawa mereka menghidap kanser, oh, rasanya bagaikan maut menunggu di depan mata.

Aku dapat bayangkan betapa gerunnya apabila mengetahui diri menghidap kanser. Mesti takut. Masa tingkatan enam dulu, kaki aku pernah tertusuk jarum. Jarum jahit tu jatuh kat karpet dan aku tak nampak lalu terpijak. Kemudian jarum tu keluar separuh je. Separuh lagi tertinggal di dalam kaki. Doktor bagitahu aku yang aku perlu menjalani pembedahan kecil untuk keluarkan jarum. Punyalah takut sebab dengar nak kena buat pembedahan. Jadi, aku dapat bayangkan betapa takutnya dapat berita ada kanser.

Jiran dan kawan-kawan aku ada yang cerita begini. Katanya kalau jarum termasuk dalam badan, nanti jarum tu akan berjalan ikut darah. Lepas tu lokasi terakhir jarum tu ialah di jantung. Bila jarum tu tertusuk kat jantung, kita akan mati. Aku punyalah takut. Nak cepat-cepat dibedah supaya jarum tu tak sempat sampai ke jantung. Padahal itu semua hanya mitos sahaja. Begitu jugalah dengan cerita kakak yang ada kanser ni. Dia kata macam-macam cerita yang kawan mereka kata. Kanser ni nanti macam nilah, macam itulah. Sampaikan naik takut nak berubat.

Aku tanya pada bekas pesakit kanser itu, adakah doktor ada beritahu punca-pinca mereka menghidap kanser. Kata mereka, doktor pun tak tahu apakah sebenarnya punca seseorang itu menghidap kanser. Kalau nak kata gaya hidup, kakak ni makan makanan sihat, rajin pulak bersenam di gimnasium, tidak merokok, tidak minum alkohol. Masih kena kanser jugak. Katanya, berkemungkinan besar, kanser boleh menyerang seseorang itu disebabkan stress. Ini adalah andaian sahaja tetapi ada kemungkinan.

Dalam badan kita ni kan ada hormon dan tisu-tisu yang sangat lembut. Tekanan darah kita boleh naik disebabkan apa? Pertama disebabkan makanan. Makan masin-masin darah boleh naik. Selain itu, jangan lupa bahawa tekanan darah boleh naik disebabkan perasaan. Maknanya tubuh kita berubah mengikut kondisi pemakanan, gaya hidup dan perasaan. Kalau kita bijak kawal pemakanan, kita juga perlu bijak kawal perasaan.

Perasaan dan emosi kita boleh mengubah peredaran keseluruhan keadaan tubuh. Emosi dan jasmani perlu seiring. Jangan biarkan diri kita stress kerana kalau kita stress, kita mudah menghidap kanser. Kita tak tahu apa punca kanser. Kenapa seseorang itu boleh dapat kanser? Menjaga kesihatan tubuh semata-mata tidak memungkinkan kita tidak diserang kanser. Jadi kita perlu jaga emosi juga supaya keadaan lebih selamat di samping menjaga pemakanan dan senaman. Kesimpulannya, uruslah stress anda dengan baik.

Panduan supaya tidak stress:
1) Kalau jalan sesak, rileks dan senyum. Jangan marah-marah.
2) Sentiasa dalam keadaan berwuduk supaya jiwa lebih tenang.
3) Berfikiran positif walaupun dalam keadaan yang keliru.
4) Kalau tak cukup duit, jangan stress. Window shopping sahaja.
5) Kalau tengah marah, tarik nafas. Dalam Islam, ada nasihat supaya sejukkan tubuh dengan cara berwuduk.
6) Senyum. Ini adalah sedekah yang paling mudah.
7) Jaga nada suara kala bercakap. Rendahkan tone suara anda.
8) Bagi aku, kalau tak nak stress, aku dengar lagu slow dan makan aiskrim. Ini ubat stress paling selalu aku buat.
9) Ketika banyak kerja yang susah betul nak disiapkan, aku memang stress. Cara aku hilangkan stress ialah aku pasang earphone, silentkan telefon dan panggil idea datang supaya mudah aku mengarang artikel.
10) Kalau stress melayan kerenah orang sekeliling yang cerewet, aku dengar dulu apa yang mereka mahu. Aku hanya mengangguk dan ketepikan dahulu tugas tu. Bila aku dah sejuk, barulah aku sempurnakan permintaan itu.

Tugas aku sebagai wartawan nampak macam mudah. Ada orang lihat aku hanya interview orang dan kemudian menaip artikel. Mereka tidak nampak tugas-tugas lain yang tidak perlulah aku senarai di sini. Stress memang stress. Bukan kerja wartawan sahaja yang stress. Kerja-kerja lain pun stress juga. Di mana-mana sahaja ada stress. Kalau tak bijak tangani stress, mungkin dah lama gila. Eh, bukan tak ada tau kes orang jadi tak betul disebabkan stress.

Aku pernah bertemu dengan seorang wanita bekerjaya tinggi. Anaknya kini jadi tak berapa betul disebabkan tekanan kerja. Padahal anaknya itu minat dengan kerjanya tu. Tetapi disebabkan tekanan yang tak tertanggung, akhirnya anaknya itu jadi tak betul. Wanita ini pernah menasihatkan anaknya itu berhenti kerja kalau tak sanggup hadapi tekanan. Atas dasar minat, anak itu tidak berhenti kerja. Kini anak itu jadi seperti anak kecil dan perlu dijaga sepenuhnya. Simpati aku mendengar kisah wanita ini.

Tiada ulasan: