Cuti-Cuti Melaka

Melaka, Bandaraya Bersejarah menjadi destinasi percutian aku kali ini. Macam biasa, percutian aku selalunya hanyalah dua hari satu malam sahaja. Tujuan utama percutian ialah untuk makan-makan dan jalan-jalan. Takde shopping-shopping. Disebabkan tujuan utama ialah hendak makan-makan, lokasi pertama sampainya aku, Suzi, Anis dan Zam di Melaka ialah mencari asam pedas.

Ini hidangan makan tengah hari kami berempat. Asam pedas ikan pari dan ikan kembung yang sedap sangat. Kuahnya pekat dan pedas. Aku makan dua lauk je. Ikan kembung dengan tempe. Empat orang makan cuma RM21 sahaja. Murah, kan? Lokasi kedai ni di hadapan hotel Casa De Rio. Kedai biasa je, bukan kedai mewah-mewah pun. Tapi sedap sangat ikan masak asam pedas ni.

Seterusnya, kami check in hotel. Hotel tempat penginapan kami berempat ialah di Mahkota Hotel. Lokasinya betul-betul di belakang Mahkota Parade. Boleh jalan kaki je ke pusat beli-belah tu. Bilik yang kami pilih ialah Deluxe Apartment Two Bedroom. Harganya ialah RM403.70 satu malam. Bilik aku dan Suzi ada satu bilik air tanpa bath tub. Katil jenis single. Bilik satu lagi katil jenis queen dan bilik airnya ada bath tub. Memang selesa penginapan kami ni. View swimming pool lak tu... angin kuat. Best je rasa.



Petang jalan-jalan di Mahkota Parade dengan Dataran Pahlawan. Beli dodol, belacan dan cencaluk sotong. Ha... selalunya cencaluk dibuat daripada udang, kan? Kali ni ada cencaluk sotong pulak. Senja pula kami pergi ke Umbai untuk mencari makanan laut. Kami ke lokasi di dalam gambar ini. Ambil gambar dulu. Tengok pemandangan matahari terbenam. Lepas tu cari makan. Oh... agak kecewa sebab yang ada hanya ikan, udang dan sotong. Pepahat tak ada... jadi untuk memuaskan hati, kami menuju ke lokasi lain...

Lokasi tempat makan seterusnya ialah berdekatan dengan Umbai. Kedai biasa-biasa je tapi punyalah ramai orang. Kami pilih gerai nombor 7. Pesan makanan, sotong goreng tepung, udang goreng mentega, pepahat masak cili, kepah masak halia, kupang goreng gili, kerang bakar, ikan siakap stim, kailan ikan masin, nasi putih, nasi lemak, air tembikai satu jag, air suam satu jag. Kenyang betul dan kami bajet harganya ialah RM200 tetapi cuma RM143 sahaja. Murah, kan?
Lepas makan pergi jalan-jalan naik River Cruise. Oh seronoknya tengok Kampung Morten. Cantik sungguh. Kerajaan Melaka sediakan bajet untuk penghuni baik pulih rumah mereka. Memang nampak sangat cantik. Terujalah tengok. Lukisan mural pun cantik sangat...
Lepas tu jalan-jalan lagi di pasar malam. Beli kayu urut. :-)


Esoknya sebelum pulang ke KL, mandi-mandi di kolam renang. Lepas tu terus ke Zoo Melaka. Kemudian terus balik dan rehatkan badan... Kesimpulannya, tujuan percutian nak makan-makan memang terlaksana.
Opss... satu lagi nak tambah. Cencaluk sotong yang aku beli sebotol RM8 tu akhirnya masuk ke tong sampah. Bukan niat nak membazir tapi sebab memang tak boleh makan. Baunya busuk. Cencaluk udang pun busuk juga. Tapi rasanya sedap. Cencaluk sotong ni sangat busuk. Tak boleh masuk. Iskk... tak tahulah memang bau dia macam tu atau cencaluk ini dah basi.

Catat Ulasan

0 Ulasan