Gambar Dengan Teddy Bear

HARI ni nak masukkan gambar yang sempat diambil semasa menghadiri majlis perasmian Sleep Therapy Centre di Getha Jalan Universiti, Petaling Jaya. Sebelum majlis berlangsung, kami diberi peluang ambil gambar atas katil. Cantiklah sesangat katil tu. Boleh ambil macam-macam gaya. Nak duduk ke, nak baring ke. Kami ambil gambar ramai-ramai. Dalam gambar ni ada Cael (Nona), Amy (Seri Dewi Keluarga), Aton (Mingguan Wanita) dan Waheeda (Maskulin). Aku tak habis-habis duduk tengah kalau ambik gambar. Haruslah nampak besar, kan? Hehe. Terima kasih untuk Carole Sai daripada Salina & Associates PR Sdn Bhd yang menjemput aku ke majlis ini. TQ....

Catat Ulasan

0 Ulasan