Iklan Nuffnang

Selasa, 11 Oktober 2011

Bercermin Mata... rabun silau

INILAH penampilan terbaru aku. Bercermin mata dengan bingkai gelap. Masalah rabun silau yang aku hadapi nampaknya semakin meruncing. Tak adalah sampai tahap buta. Haha. Cuma kalau dulu (10 tahun lalu ketika belajar di UiTM), aku rabun silau pada mata sebelah kiri saja. Sekarang mata kiri makin teruk dan mata kanan ada sikit silau. Rabun jauh tak ada ya, cuma silau sahaja. Minggu lepas, kepala aku asyik pening sahaja. Makin tengah hari, makin terasa peningnya. Masa tengok TV pun makin pening. Sampaikan nak lelapkan mata pun susah. Akhirnya, aku pun pergi kedai cermin mata dan buat pemeriksaan. Kemudian pilihlah bingkai cermin mata yang berkenan di hati. Harganya hanya RM238 sahaja tapi meningkat jadi RM300 sebab aku ambil sekali kaca yang ada pelindung UV dan untuk skrin komputer. Maknanya kalau berada di luar dan kalau menghadap skrin komputer lama-lama sangat, tak silau sangatlah. Itu kata jurujual tu. Aku buat cermin mata ni Sabtu lepas. Hari ini dah Selasa. Selama tiga hari ni, aku tak berasa pening sangat tapi aku sangat tak selesa sebab ada sesuatu di muka. Rasa tak best je. Kepada semua, jagalah mata anda. Rugi kalau terpaksa memakai cermin mata...

2 ulasan:

lili norlaili berkata...

betul tu yam...rugi pakai cermin mata ni...terutama duit la, sbb setiap 2-3 thn kena tukar baru je...huhuhu...

Mariam Elias berkata...

Lili... nak buat macam mana kan. Kenalah buat jugak... sedih...