Iklan Nuffnang

Rabu, 24 Ogos 2011

Photobook Comel...

Assalammualaikum, kali ni aku teruja nak cerita pasal buku gambar atau photobook. Buku ni aku tempah di Ultimate Print, anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf. Aku tempah tahun lepas pada September 2010. Tarikh tutup tempahan ialah pada September 2011. Malas dan tak cukup masa nak tempek gambar menyebabkan hampir setahun photobook ni terperap dalam laptop aku.
Disebabkan nak tarikh tutup aku peruntukkan sehari suntuk menghadap laptop hujung minggu lepas memilih gambar dan buat apa yang patut. Dan disebabkan teruja nak bawak balik kampung, aku tempah secara online pada Isnin 22 Ogos dan aku mintak jasa baik orang Ultimate Print siapkan pada hari ini iaitu Rabu, 24 Ogos. Kelas... perkhidmatan yang sangat mantap, akhirnya dalam jam 2 petang, buku gambar aku ni siap dan boleh diambil di pejabatnya.



Photobook ni senang sangat nak buat. Hanya perlu muat turun perisian U-Print. Lepas tu pilih buku yang kita nak. Kemudian anda pilih gambar dan masukkan je ke dalam folder yang telah ditetapkan. Tak akan ada masalah. Aku yang tak berapa reti guna perisian grafik pun boleh buat.

Aku pilih gambar cover yang aku rasa paling cantik dan sungguh bermakna. Aku rasa percutian sambil bekerja ketika di majalah Jelita dulu ke Korea adalah pengalaman paling menyeronokkan dan mengasyikkan. Sebab tulah aku pilih gambar tu. Anda perlu ingat, gambar untuk cover hendaklah besar saiznya. Kalau tak nanti tak cantik sebab gambar pecah-pecah.

Anda boleh letak gambar percutian anda.... gambar kahwin ke....



Bagi aku, aku letak gambar jalan-jalan. Ada jugak gambar raya. Buku aku ni ada 40 muka surat. Jadi memang kena ada banyak gambar. Apabila siap je buku ni, tak sabar aku nak tengok. Rasa seronok sangat. Sekurang-kurangnya gambar-gambar ni kelihatan macam tersimpan dalam satu tempat dan boleh dilihat pada bila-bila masa. Sekarang kan gambar semua dalam bentuk digital jadi memang jarang-jarang pergi cuci di kedai gambar. Jadi album pun tak banyak. Photobook ini adalah salah satu penyelesaian bagi mereka yang selalu takde masa nak pergi kedai gambar dan cuci. Anda hanya perlu duduk di rumah dan tempah secara online. Mudah!

Photobook yang aku buat ni harga asalnya ialah RM198 bagi satu unit. Tapi sebab aku tempah masa ada potongan harga, aku hanya bayar RM99 sahaja... berbaloi. Pilih kertas yang glossy... hasilnya sangat mantap. Puas hati!

Tiada ulasan: