Iklan Nuffnang

Khamis, 3 Mac 2011

Duit Dah Semakin Kecil Nilainya

SEMAKIN lama aku semakin terasa bahawa duit sekarang ni memang dah semakin kecik nilainya. Contohnyalah kan, duit RM50 pada hari ini. Kalau dalam dompet aku ada RM50 je memanglah aku ketar kaki dan tangan nak keluar dari pejabat untuk pergi buat assigment. RM50 tu boleh hidup sehari je. Kalau hari cuti dan duduk kat rumah je bolehlah duit tu bertahan dalam dompet.
Ada sehari tu, aku hanya ada RM50 je dalam dompet dan buat isi minyak keta RM30. Ada baki RM20 lagi. RM20 tu pulak buat bayar tol... buat beli makanan dan minuman... habis. Minyak kereta isi RM30 pula boleh tahan berapa hari je. Aku bukannya naik keta besar pun. Aku bawa keta paling kecik dan paling murah dalam Malaysia ni. Erm... jadi kesimpulannya berapakah jumlah wang tunai yang perlu ada dalam dompet kita supaya kita selesa nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat serta nak uruskan kehidupan kita sehari-hari?
Duit, duit. Bercakap soal duit memanglah tak habis-habis. Susah betul nak uruskan duit. Kalau ikut AKPK dalam kursus pengurusan wang yang pernah aku hadiri dulu, katanya kena simpan 10 peratus daripada gaji untuk kegunaan yang betul-betul cemas dan jangan diusik-usik duit tu. Bagus betul orang yang boleh buat macam tu. Kaedah tu memang bagus sangat-sangat. Tapi orang bergaji kecik macam aku ni, kalau simpan 10 peratus tu, memanglah tak bercukupan untuk menunggu sehingga gaji akan datang. Jadi, yang 10 peratus tu pun asyik 'diganggu' je.
Ada ke cara macam mana nak uruskan kewangan peribadi secara bijak ya? Adakah berjimat cermat tu adalah satu perkara paling bagus diamalkan untuk memastikan wang kita cukup? Macam mana nak berjimat kalau dah memang semuanya ditetapkan. Contoh isi minyak kereta. Mana boleh jimat isi minyak kereta? Takkan daripada RM30 nak isi RM20 je. Mahu sangkut kereta aku kat federal. Mungkin ada yang kata jimatlah makan kat luar. Jangan selalu makan kat luar. Nama pun aku kerja 8.30am sampai 6pm. Tu kerja secara rasmi tapi memang selalu balik malam. Kalau nak jimat, makan kat rumah, mahu aku makan malam kol 12 tengah malam. Memang tak logik. Huh, kalau ada sesapa yang sangat terer bab menguruskan kewangan mengikut kesesuaian hidup aku, harap sudi-sudilah ajar aku cara nak uruskan wang aku ni....

3 ulasan:

MummySuri berkata...

betul tu kakak. kalo macam saya, sampai rumah je dah tentu2 7.30mlm. dgn anak yg masih kecik2 x termampu saya nak masak. kalo masak, nak tunggu dorang tido, barulah dapat masak dgn aman. sejak x de maid, saya beli lauk atau makan kat luar je. kalo susah2 saya order je pizza, memang duit keluar macam air...

Mariam Elias berkata...

Tu la dia. Kekdahnya kenalah bijak uruskan duit, kan?

Rashidah Ibrahim berkata...

klu kita boleh kerja duduk je dlm rumah setempat... tak gi mana-mana2, makan ikan yg kita pelihara/tangkap di sungai..masak sayur yang kita tanam he he jdi org kampung pula...boleh ke kita ni..