Pejabat baru, tempat baru, suasana baru

SEMALAM, secara rasminya aku dan team editorial MIDI telah berpindah ke bangunan pejabat baru. Walaupun penat mengangkut barang dari bangunan lama, kami semua seronok. Aku dah angkat barang sikit demi sikit dengan Suzi sejak minggu lepas. Pada hari terakhir tarikh perpindahan, barang dah tak banyak. Barang-barang berat aku masukkan dalam kotak untuk diangkat oleh pekerja yang ditugaskan mengangkat barang. Dari kejauhan, aku ucapkan terima kasih kepada abang-abang yang membantu kami wanita-wanita 'lemah' ini angkat barang. Nampaknya berlori-lori juga yang diangkat. Aku punya hanya satu kotak saja. Maklumlah, aku ni baru bekerja di sini setahun enam bulan. Warga kerja yang lain dah kerja di sini sejak muda sampai ada yang dah nak pencen, haruslah barang diorang banyak!
Bangunan baru pejabat ni memang nampak gah. Dari jalan besar Persiaran Selangor dah boleh nampak tulisan ungu di dinding putih bangunan pejabat ini yang tertulis Kumpulan Media Karangkraf. Sebagai warga kerja, aku rasa sangat kagum. Mula-mula masuk dulu bangunan ni nampak usang sangat. Setelah diubah suai, siapa sangka bangunan inilah tempat kami bahagian editorial akan bertugas. Haha, aku sungguh tak sangka.
Bangunan ini menempatkan ruang tugas editorial majalah, grafik, bilik pihak pengurusan, studio, toko buku dan auditorium. Memang luas sangat dan aku sungguh selesa di sini. Apatah lagi meja aku terletak di bahagian tepi tingkap menghadap tempat parkir kereta yang luas terbentang saujana mata memandang. Tak terkira betapa bersyukurnya aku kerana dapat berkhidmat di sini. Selesa, bahagia, murah rezeki dan gembira.... :-)


Inilah meja baru aku. Lokasi baik punya. Tepi tingkap menghadap tempat parkir. Bestnya. Elok sangat untuk seorang penulis seperti aku. Idea datang mencurah-curah. Hahaha...


Inilah ruang pejabat. Besar, kan? Selesa untuk staff yang ramai.

Catat Ulasan

0 Ulasan