Iklan Nuffnang

Jumaat, 4 Februari 2011

Karnival Karangkraf 2011

ALHAMDULILLAH. Selesai sudah majlis Karnival Karangkraf selama tiga hari bermula 28 Januari hingga 30 Januari lalu. Memang sangat penat tapi puas hati apabila tengok majalah laris dibeli. Paling seronok semua stok majalah MIDI isu 1 Februari habis dijual tepat jam 6 petang Ahad, 30 Januari. Walaupun hujan turun tak henti-henti tapi pembeli tetap ramai. Kagum sungguh aku dengan semangat pembaca MIDI yang sanggup datang nak beli majalah daripada isu-isu lepas yang mereka tertinggal dapatkan dari kedai. Aku juga gembira dapat berkongsi hadiah daripada penaja dengan pembeli MIDI. Seronok tak beli majalah dan boleh dapat hadiah dalam satu masa? Seronok, kan?
Ada pembaca yang tanya kepada kami siapakah gerangannya penulis yang menggunakan nama samaran Duda Hangat. Haha, kalau nak tahu kenalah baca MIDI selalu sebab aku pasti Duda Hangat tu akan tonjolkan juga dirinya. Semasa karnival tempoh hari pun dia ada di booth MIDI yang dikongsi dengan majalah Rapi dan Pa&Ma. Tak kurang juga pembaca yang ingin bertemu dengan kolumnis MIDI iaitu Jalil Ali yang menulis untuk ruangan Diari Suami. Ternyata MIDI memang ada pengikutnya tersendiri....
Booth MIDI sebelah je dengan booth I Luv Islam. Haha seronoklah aku sebab kawan-kawan ramai di I Luv Islam. Bila aku belek balik gambar yang aku ada, macam banyak gambar aku di booth I Luv Islam pulak. Kikiki....

Seronok abang ni dapat susu F&N. Aku, Kak Wa dan Ayu bertugas hari Ahad. Berkotak-kotak lagi hadiah kat belakang tu...


Kak Liza melayan pengunjung yang tak henti-henti datang di booth MIDI.


Aku dengan majalah I Luv Islam.




Kak Wa dan Kak Liza pun join sekali posing di booth I Luv Islam.

2 ulasan:

suziey berkata...

Booth I Luv Islam memang meriah. Tambah lagi berjiran ngan booth MIDI. Erm booth NONA je jauh...kesian kawan kita gannesh a.k.a anis, jauh dia nun di sana...

Mariam Elias berkata...

Haha. Harap-harap tahun depan kita bertiga duduk di bawah satu booth ek.