Iklan Nuffnang

Rabu, 15 Disember 2010

Dia Dan Motor

HAHAHA. Ini entri tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Belek-belek telefon bimbit, nampak pula gambar Suzi sedang cuba-cuba naik motor skuter. Eh motor ni jenis skuter ke? Aku tak tahu sangatlah jenis-jenis motor ni. Yang penting motor ni saiznya agak besar. Rasa macam selesa je kalau nak pusing-pusing naik motor ni. Apabila tengok gambar ni teringat lak masa Suzi jadi minah rempit naik motor masa belajar kat UiTM dulu. Haha, Suzi, harap ko happy ye dengan entri ni. Satu lagi nak pesan kat pembaca blog ni di luar sana: Ejaan motosikal ialah m.o.t.o.s.i.k.a.l ya. Bukannya motorsikal. Jangan memandai nak selit 'R' kat situ. Sakit jugalah mata tengok ejaan MOTORSIKAL yang terpampang di papan tanda di jalan raya dan lebuh raya. Siapalah agaknya yang mengeja tu ya?

4 ulasan:

suziey berkata...

hahaha..mcm gaban...

chocinmybox berkata...

aku ke yang salah eja??hikhik..wah..nampak macam minah rempit kelas tinggi lah!!! :)

Nasir Roli berkata...

Provokasi yg sungguh hebat....kesian kawan tu jadi bahan iklan. apa pun terima kasih kerana membentangkan penggunaan huruf 'R' yg tak perlu pada ejaan motosikal.

http://filemrepublics.blogspot.com

Mariam Elias berkata...

Suziey: A'ah teringat juga kat cerita Jepun dulu-dulu; Gaban.

Anis: Minah rempit bertudung. Tak seswai jadi minah rempit.

Nasir: Hihi. Sesekali kenakan kawan sendiri. Tapi gambar tu OK pe. A'ah ejaan tu tak perlu huruf R. Terima kasih baca blog kita.... :-)