Tahun Baru Muharam dan Januari

DIAM tak diam sudah masuk bulan November. Tak sampai 100 hari lagi dah nak masuk tahun 2011. Ketika saat-saat macam ni selalunya aku akan melihat kembali apakah kejayaan yang telah dicapai dan apakah impian yang masih lagi susah nak dicapai. Apabila disenaraikan, alhamdulillah seimbang. Maksudnya 50-50 lah antara kejayaan dan impian yang masih tinggal impian.
Setelah lebih setahun di tempat kerja ini aku juga bersyukur banyak perubahan dalam hidup. Pendapatan bulanan sebagai orang yang bekerja makan gaji mencukupi untuk menyara hidup diri sendiri dan membantu keluarga mana yang patut. Walaupun gaji tidak sebesar orang lain, tapi tidaklah sekecil sesetengah individu yang menerima gaji tahap SPM walaupun mempunyai segulung ijazah. Aku bersyukur.
Walaupun masih memandu kereta lama, aku juga tetap bersyukur. Aku masih belum berpeluang memandu kereta baru, kereta impian Nissan Latio Sport. Lagipun kereta sedia ada masih elok. Kikiki (nak sedapkan hati). Bersyukur kerana ada tempat tinggal yang selesa.
Aku juga bersyukur ada sahabat baik yang sangat memahami iaitu Suzi dan Anis. Juga gembira dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan tidak pernah memaksa aku dalam perihal jodoh (huhu).
Ya, aku bersyukur sangat-sangat dalam apa jua yang aku terima dalam hidup ini. Kalau kita tak bersyukur, itulah jadinya manusia sentiasa tidak pernah puas dan selalu menyalahkan takdir jika berlaku perkara yang tidak diingini. Tak sabar rasanya nak mengucapkan selamat datang kepada Awal Muharam 1432 pada pada 7 Disember nanti serta kehadiran 1 Januari 2011 nanti.

Catat Ulasan

1 Ulasan

suziey berkata…
erm sama-sama kita berdoa kepada impian yg masih blom tercapai itu agar dipermudahkan urusan itu oleh Allah SWT...