Iklan Nuffnang

Rabu, 17 November 2010

Atuk Pergi Buat Selamanya

JAM 2.40 petang, aku dapat panggilan daripada Tiqah yang menyatakan atuk Bakron telah tiada lagi. Ketika itu aku dalam kereta di Tasik Ampang Hilir. Ketika itu hujan lebat. Aku duduk dalam kereta sebab menunggu seseorang untuk diinterview mengenai persatuan ibu tunggal. Temu janji sepatutnya jam 2 petang dan aku telah sampai tepat jam 2 petang. Orang itu agak lambat sebab dia ada mesyuarat bersama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dia telah memaklumkan kepadaku yang dia mungkin agak lewat.
Mendengar berita daripada Tiqah, aku sangat sedih kerana sudah lama benar aku tidak bertemu dengan atuk. Terkilan, menyesal dan sedih bercampur baur. Raya Puasa lepas pun aku tak melawat atuk. Rasa berdosa menyesak dalam kepalaku. Tanpa dipaksa, air mata mengalir. Oh atuk dah tak ada...
Tidak lama kemudian, kakak yang aku nak interview tu telefon aku dan bagitahu dia dalam perjalanan. Jurugambar pula telefon aku kata dia sesat. Aku dah bagi peta dah pada dia pagi tadi tapi dia sesat juga. Selepas kakak tu sampai, aku pun interview dulu dan jam 4 petang baru jurugambar sampai. Sesi interview dan bergambar selesai tepat jam 6 petang dan aku bergegas pulang ke rumah. Dalam masa yang sama aku berkira-kira cara paling baik untuk pulang ke kampung. Naik Kancil? Oh tidak, aku tidak mahu kejadian balik Raya Puasa lepas berlaku lagi. Dahlah malam-malam ni. Jangan cari pasal. Terus terfikir, patutkah aku beli kereta baru? Susah juga jika berlaku kes-kes kecemasan macam ni. Nak jalan malam bimbang sangat-sangat entah apa berlaku kat kereta. Dibuatnya jadi macam raya lepas, adui tak sanggup.
Nak beli kereta ke? Oh rasa macam masih belum mampu sebab sekarang ni bayar dua biji rumah. Sakitnya terasa juga. Rumah, maintainance rumah, bil itu, bil ini, semuanya menuntut kos yang orang kata cukup-cukup makan. Tunggulah pindah ke rumah baru kemudian ada student sewa rumah lama ni barulah boleh fikir pasal nak beli kereta baru.
Dalam aku bersiap, adik aku SMS kata jenazah atuk dah dibawa ke tanah perkuburan. Oh semakin sayu hati aku. Terasa jauhnya KL dengan Johor....

1 ulasan:

MummySuri berkata...

takziah kak yam. ye memang nak membeli keta tu bunyinye cam best apatah lagi bila tgk jiran2/kawan2 semuo dok pakai keta baru. tapi bila pikir nak bayo bulanan ngan servis bagai, hah, berpinau mata. pape pun kak yam sgtlah hebat kerna mampu memiliki 2 rumah skang...