Iklan Nuffnang

Khamis, 5 Ogos 2010

Kuih Raya Lagi...

KUIH raya lagi. Hehe. Tengah gian buat kuih raya. Hari ni aku buat resipi sendiri. Asasnya aku ikut resipi yang senior aku bagi tapi kali ni aku tambah oat dan sapu telur dengan susu cair atas biskut tu. Lepas tu letak kacang. Kalau ada coklat urai (chocolate rice) lagi best. Alhamdulillah jadi juga. Aku tak guna pencetak. Aku guna pisau untuk terap doh biskut tu dan juga aku potong-potong jadi bentuk petak. Sebab tak ada acuan, jadi biskut aku ni ada yang besar, ada yang kecik. Itulah keburukan kalau tak ada acuan. Minggu depan aku belilah acuan. Teringin nak buat biskut coklat pula lepas ni. Biskut coklat cip yang aku tengok resipinya dalam buku resipi marjerin Daisy. Insya-Allah. Rasa macam tak nak membeli kuih raya tahun ni. Nak buat hasil tangan sendiri. Kerepek je beli kat Johor nanti. Gambar kat atas tu ialah kuih yang aku buat hari ni... dari jam 8.30 pagi sampai 12.30 tengah hari. Dapat satu balang besar dan separuh balang kecil. Kira OKlah satu acuan dapat banyak tu. Kalau beli mahu RM20++.

4 ulasan:

Ibu kami berkata...

cmni leh tempah kuih raya ngan k.yam le.. taun ni rasa xbuat sbb ada anak kecik (alasan..hehe)..

johor ktne beli kerepek? k.yam penah pegi kt Azhar Food @ rengit tak? femes tu msti tau kan? :)

Jamak Aton Habi Mahmood berkata...

awal buat kuih kakyam : )

Mariam Elias berkata...

Lina, haha mana leh tempah. Ini budak baru belajarlah. Kuih pun senget-senget je. Tengoklah lagi 2 tahun. Leh bisnes kuih raya. Kuang kuang kuang. Oh Azhar Food kat Rengit ek. Selalu lalu je, tak singgah. Kerepek beli kat pekan Parit Sulong ar. Sedap ooooo....

Mariam Elias berkata...

Jamak, ini bukan kira awal ke tak awal. Buat sebab belajar. Lambat belajar, nanti time nak raya tak sempat nak buat lak. Kikiki... bukan mcm hang, hang terer.