Iklan Nuffnang

Rabu, 21 Julai 2010

Kursus Take Charge!

SEMALAM, Selasa. Aku dan beberapa lagi kakitangan Kumpulan Media Karangkraf menghadiri kursus Take Charge di unit latihan. Aku ni memang dianugerahkan oleh Tuhan dengan minat mendengar ceramah, hadir bengkel, dengar syarahan dan yang seumpamanya. Seronok sangat kursus ni dan aku sarankan kepada semua orang yang baca blog aku ni supaya pergi hadir kursus ni. Kalau ikut kemampuan kewangan, memang aku tak mampu nak pergi kursus macam dengan duit sendiri. Samalah macam kursus ESQ. Mahal tetapi sangat-sangat-sangat berbaloi. Begitulah juga dengan kursus Take Charge ni. Aku berterima kasih kepada syarikat tempat aku kerja kerana memberi peluang dan membuka peluang kepada aku untuk hadir ke kursus sebegini. Alhamdulillah...
Kursus ini mampu membuka minda aku supaya lebih PEKA. Selama ini mungkin aku rasa aku peka dengan segala benda yang berlaku di sekelilingku. Namun sebenarnya aku tidak begitu. Aku mungkin peka dengan benda yang besar-besar seperti kejatuhan mata wang, pertukaran CEO syarikat besar, penurunan subsidi minyak, kenaikan harga gula, artis itu kahwin dengan artis ini dan sebagainya. Namun aku tidak peka dengan perkara kecil atau remeh yang sebenarnya boleh membawa kesan besar dalam hidup. Banyak contoh yang boleh disenaraikan di sini tetapi dengarlah sendiri dalam kursus Take Charge kerana mungkin perkara yang aku tidak peka itu sama dengan perkara yang anda semua tidak peka. Memanglah kita tidak boleh menjadi sempurna kerana sempurna itu hanya untuk Allah. Namun, belajarlah untuk menjadi cemerlang. Insya-Allah.

Tiada ulasan: