Iklan Nuffnang

Rabu, 30 Jun 2010

Durian Oh Durian

SETIAP hari balik kerja akan lalu di gerai-gerai tepi jalan yang menjual durian. Satu kali nampak, aku OK lagi. Namun kalau hari-hari nampak, daripada takde rasa apa-apa terus rasa macam nakkkk je. Penangan durian ni lain macam sikit bagi seorang peminat durian tegar macam aku ni. Malam tadi, balik kerja terus singgah gerai durian dan beli dua jenis, satu jenis mahal dan satu jenis lagi yang agak murah. Jumlah keseluruhan beli durian ialah RM50. Kira Oklah sebab beli guna duit claim. Hahaha. Kongsi dua dengan Anis. Suzi tak layan durian-durian ni. Jadi, malam tadi kisahnya ialah aku kenduri durian bersama kawan-kawan baik aku ni sambil menonton bola yang menyaksikan kekalahan ke atas Jepun. Suzi jadi tukang kopek durian manakala aku dengan Anis jadi tukang makan. Nyum nyum nyum.

3 ulasan:

Ibu kami berkata...

kak yam, nx time kenduri doyan ajak le kiterang.. peminat durian tegar gak? dh try ss2 punyer tak? mabeles!!

Mariam Elias berkata...

Owh yeke? Hehe, orait je. Nanti kita gi makan sesama ek. SS2 jual durian kat mana ek?

Ibu kami berkata...

kt blakang police station, try le.. kiterang aritu makan 3 bijik kena 70 hengget.. tapi mmg puas ati le..

k.yam baru perasan komen lama k.yam dulu pasal pizza tu..
BTS = Berjaya Times Square :D