Iklan Nuffnang

Isnin, 24 Mei 2010

Roti Bakar Telur

AHAD, pagi-pagi perut dah rasa lapar. Suzi turun beli suratkhabar dan aku pun kirim beli roti. Dalam kepala dah ingat nak buat roti bakar je. Sejak merantau dulu lagi aku memang selalu buat roti bakar telur ni. Resipi orang bujang. Simple, sedap dan kenyang. Resipinya macam ni.

Bahan-bahan:
1 biji telur ayam
2 biji cili padi
2 sudu besar marjerin
2 keping roti

Cara membuat:
1) Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul bersama cili potong.
2) Masukkan satu sudu marjerin dalam kuali leper.
3) Lepas marjerin tu panas, masukkan telur yang dah dipukul dengan cili tadi.
4) Leperkan telur tu dan lipat jadi empat segi.
5) Sapu lebihan marjerin tadi atas roti dan letak atas telur.
6) Terbalikkan roti dan telur tu kemudian letakkan sekeping roti lagi atas telur yang sebelah.
7) Apabila roti dah jadi kuning kedua-dua belah, angkat. Nak sedap lagi letak mayones dan sos cili.

5 ulasan:

Ibu kami berkata...

all time feveret nih.. nyumm nyumm.. :)

Mariam Elias berkata...

Haha... resipi orang bujang. Kalau resipi mak-mak, biasanya diorang suka letak sayur la... tumis sardin la... org bujang main bubuh je...

Mariam Elias berkata...

Haha... resipi orang bujang. Kalau resipi mak-mak, biasanya diorang suka letak sayur la... tumis sardin la... org bujang main bubuh je...

chocinmybox berkata...

entah kenapa aku mmg tak berapa suka roti telur...kalau mak buat kat umah,mak ngan kak yong je makan..nape ek???....

Mariam Elias berkata...

anis: Aku suka sgt roti telur. Pas ni nak belajar buat roti john lak. Letak daging.... wow!