Iklan Nuffnang

Ahad, 16 Mei 2010

Dua Hari Satu Malam (Port Dickson)

KALAU dengar Port Dickson, mesti orang ingat cuti-cuti Malaysia. Namun aku pergi ke Port Dickson bukanlah cuti-cuti uols... Aku pergi atas dasar tugasan. Sabtu ada majlis Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) cawangan Port Dickson. Seronok majlis ni. Ada ceramah kesihatan daripada pengasas NR Mustajab (dulu dikenali sebagai Nona Roguy), ada persembahan, pertunjukan fesyen dan cabutan bertuah. Aku ni jarang-jarang dapat cabutan bertuah tetapi petang tu nombor aku naik pulak. Bertuah sungguh. Hadiah cabutan bertuah tu kena ambil selepas majlis selesai di kaunter penyerahan hadiah. Kebetulan aku sibuk nak interview seorang responden ni. Jadi terlewat ambil. Apabila aku ke kaunter, katanya hadiah dah habis. Bukan rezeki aku nampaknya. Hari ni aku pergi ke pejabat pengerusi LKPI pula. Interview lima orang responden di sana. Lama juga sesi interview tu. Kami dihidangkan dengan nasi lemak, popia basah dan betik. Terima kasih banyak-banyak. Selain interview tu banyak juga yang kami sembangkan. Selepas selesai semuanya, kami pun bertolak ke Shah Alam. Terima kasih kepada pengerusi LKPI yang menaja penginapan kami di apartment Hotel Corus. Gambar sebelah ni ialah gambar yang diambil dari balkoni bilik apartment penginapan kami.

Tiada ulasan: