Konvokesyen Nuha

SABTU, pagi-pagi aku pergi konvokesyen anak saudara aku yang sulung, Nuha. Tahun depan dah masuk darjah satu anak saudara aku ni. Sekejap je rasanya.  Paling best ketika majlis ini ialah Nuha membacakan terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris. Ada tiga kanak-kanak. Seorang baca dalam bahasa Arab, seorang terjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan Aleeya baca terjemahana dalam bahasa Inggeris. Nuha juga ambil bahagian dalam sketsa sebagai anak pinguin cacat yang disingkirkan oleh haiwa sejenisnya tetapi diterima untuk berkawan dalam haiwan jenis lain iaitu beruang salji dan singa laut. Tahniah Cik Peng. Ketika menaip entri ini aku terfikir. Waktu akan datang, ketika Nuha konvo betul-betul di universiti mesti waktu tu aku dah terbongkok-bongkok tua. Cepat sungguh waktu berlalu.




Catat Ulasan

0 Ulasan