Santai Bersama Anak Saudara



INI adalah gambar dua orang anak saudara aku. Yang pertama ialah Siti Aleeya Nuha dan yang kedua Siti Izzah Hazirah. Hari minggu biasanya aku bangun lewat. Kadang-kadang jam 10 baru aku bangun sebab jam 10.30 nak tengok Tom And Jerry kat TV3. Tetapi hari ini jam 7 pagi aku dah bangun dan duduk di sofa menanti anak saudara aku datang ke rumah. Seronok apabila dengar "Assalammualaikum, Antie Ayam...." Aleeya memberi salam sambil ketuk pintu.
Hari ini kami merancang nak pergi ke The Garden dan MidValley. Bukan nak membeli-belah sangat pun sebenarnya. Hajat di hati cuma nak mengunjungi Maxis Centre untuk membetulkan apa yang patut seperti mana dalam pos aku yang lepas. Nombor yang bermasalah itu didaftarkan atas nama aku (ketika itu adik aku belajar di luar negara), tetapi adik aku yang guna. Jadi selain membetulkan talian, aku menukar hak milik kepada adik aku ini.










Catat Ulasan

1 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mak aih.. cepatnya upload.. tenkiu la ye kerana tolong menyetelkan masalah maxis poyo itu.. pasni kalau dia bar lagi.. mmg kompem nak tukar digi atau celcom...