Iklan Nuffnang

Ahad, 15 Februari 2009

Udang Bakar Kegemaranku

HA... ini masa untuk makan malam. Aku masak udang bakar. Udang adalah makanan laut yang aku suka selain ikan sardin. Hehe. Tetapi agak pelik sebab kalau udang tu dimasak di kedai, aku 'kureng' sikit. Nak makan udang, kena masak sendiri, barulah best. Selain udang bakar, aku suka udang masak sambal tumis petai.

Udang Bakar Rempah Ratus (nama resipi sesuka hati)
Cara masak udang ini ialah perap udang bersama bawang putih (tumbuk) bersama kunyit dan garam. Kemudian taburkan serbuk kari. Gaul sebati. Kemudian hiris halia dan serai. Gaul lagi. Kalau nak tumbuk halia tu pun boleh. Kemudian bakar dalam kuali leper. Ketuk serai dan celup dalam minyak masak. Renjis-renjiskan minyak tu ketika membakar udang. Ringkas, kan?

3 ulasan:

Ibu Abah berkata...

simple & nampak sedap...boleh ler copycat resepi kak yam ni ye..

raihanah berkata...

wah sedapnya. yam masak mesti sedap. dah lama tak rasa air tangan cik yam.
kalau ada buat makan-makan di jelita tu, jangan lupa orang kat sini tau. teringin jugak nak rasa daging goreng ke, udang tu ke....

SeriKencana berkata...

uiksss.. asyik post gambo makanan je.. bile nak jemput kami datang ke rumah.. huehehehehe.. buleh la k yam tunjuk skil secara live.. :)