Cuti-Cuti Bidara Puteri Beach Resort

CUTI Hari Wilayah aku manfaatkan dengan bercuti selama 2 hari 1 malam di Bidara Puteri Beach Resort, Pantai Puteri di Tanjung Kling. Walaupun deadline semakin hampir, kami dengan beraninya bercuti. Tataplah gambar sekadar untuk dikongsi bersama.

Syoknya Mandi Laut



Walaupun ada segelintir pihak menganggap ini pose dugong, aku tetap nak masukkan juga ke dalam blog ini. Hahaha. Best wo pose atas batu.

Aktiviti klise apabila mandi di laut, main tanam-tanam orang. Walaupun klise, kami tetap main tanam-tanam orang juga.

Selain main tanam-tanam orang, kami main buat istana pasir. Masa ini Kak Azeda jadi ketua buat benteng istana pasir yang akhirnya roboh dek ombak yang menghempas pantai.

Lihatlah dunia, akhirnya aku dapat juga mandi di laut setelah bertahun-tahun tidak merasainya.

Duduk di atas dahan pokok ru yang tumbang kena angin pantai yang kuat. Lepas duduk atas dahan pokok, aku tulis nama sendiri di atas pasir. Motif?? Saje jer...

Aksi menyorok di sebalik pokok ru. Scene ini dirakamkan oleh Suzi. Masa ni Kak Azeda pergi sarapan dengan ayah dia.


Jalan-Jalan Tepi Pantai

Kat sini memang rasa aman. Angin pun kuat. Boleh memancing. Masa aku mandi, nampak orang jala ikan bilis.



Pose di kapal nelayan dan jala. Rasa macam kat kampung je...
Makan Time



Yang kulit hijau tu kupang. Tapi kitorang tak makan kupang malam tu. Menu yang pilih ialah kawan-kawan aku. Aku blur bila bab memilih makanan laut ni. Sebab aku suka makan makanan barat. Ewah, kekwat nih!




Tempat Penginapan


Mengenai penginapan ni aku nak cerita panjang sikit. Kami menginap di Bidara Puteri Beach Resort. Seronok sangat. Hotel berbentuk apartment ini sesuai disewa untuk percutian keluarga. Apartment dua bilik lengkap ruang tamu dan dapur hanya RM250 satu malam. Manakala apartment tiga bilik RM450 satu malam. Bilik berbentuk studio untuk dua orang hanya RM150 satu malam. Semua harga ini ialah untuk hari biasa. Harga dinaikkan sebanyak RM30 pada hujung minggu. Apa lagi, pergilah bercuti di Bidara Puteri Beach Resort. Alamatnya ialah Bidara Puteri Beach Resort, Pantai Puteri, Tanjung Kling 76400 Melaka.
Jalan-Jalan Malam Di Kota Melaka

Naik beca berhias lengkap dengan muzik. Sekali naik RM15. Inilah pengayuh atau penarik beca yang berhempas pulas mengayuh beca sebab aku yang naik beca tu (lupa nak tanya nama). Walaupun kasihan sebab sedar aku ni berat tetapi tak dapat nak tahan diri daripada merasai pengalaman naik beca berhias. Naik lak berdua dengan Suzi. Maaf cik abang, sebab menyusahkan… isk isk isk…




Catat Ulasan

8 Ulasan

rynas berkata…
tercapai juga hasrat nak mandi laut yerrkk..

pose dugong tuh memang mahal ler ekekkekeke...

abang beca tu pun cam penat jer nak bawa beca...ttp demi cik yam ku gagahkan jua..hehheheh
Maryam Elyas berkata…
Hahah... Alhamdulillah tercapai juga hasrat nak mandi laut.

Pose dugong tu memang best la. Syok wo pose atas batu.

Tu la... nak wat macam mana. Terpaksa la naik juga beca tu sebab teringin sangat.
suziey berkata…
Next trip ke mana plak ya? nanti kita p berkelah kat ulu bendul plak. ajak kawan2 lain sekali ya. untuk anis no excuse anymore...
Unknown berkata…
Nanti kita pegi cuti2 lagi ekk... Lapang rasa fikiran lepas bercuti kat pantai puteri. Dugong [un dugong le kan Yam.. Janji impian nak mandi pantai tercapai jua akhirnya...
Tanpa Nama berkata…
beshnye...tapi kalau bercuti kurang makan...apalah maknanya cuti itu. cuti2 bajet ke uols????
Maryam Elyas berkata…
suziey - erm... sebenarnya suka mandi kat air terjun tapi malas nak naik tangga. Licin... takut jatuh. Heheh. Tapi kalau nak pergi, boleh je.

Kak Azeda - Ha'ah dugung pun dugung la. Eh dugung ni sebenarnya eja macam mana ek? Dugung ke atau dugong? Dugong kan... Kalau ikan duyung tu barulah duyung, bukan duyong. Ha....

Io - erm... awak sapa?
Ibu kami berkata…
mana ada cam dugong.. ok aper pose camtu kak yam..

syokkan bercuti ngan kengkawan.. boleh release tension..kena buat selalu ni..
sourplum berkata…
dengar kata maintenance die teruk
btul ke?