Cubaan Menjadi

HARI minggu ini aku hanya lepak-lepak di rumah melepaskan letih kerja sepanjang minggu lepas. Bangun pagi tiba-tiba Suzi mencadangkan supaya masak makanan laut. Dia ni penggemar makanan laut. Aku pula agak 'kureng' sikit makanan laut ni. Fikir-fikir balik aku ni asyik makan daging dan ayam sahaja. Makan ikan pun elok juga supaya seimbang. Kami pergi pasar dan Suzi mencari ikan siakap. Konon-konon nak makan hidangan sihat yang rebus-rebus atau kukus. Jadi aku pun masak ikan siakap stim. Menjadi juga aku masak walaupun ini kali pertama mencuba masak stim. Menu yang kurang menyihatkan ialah sotong goreng tepung. Dan Suzi seperti biasa, kerjanya ialah masak nasi. Inilah makanan tengah hari kami.


Ikan Siakap Masak Stim

Sotong Goreng Tepung

Catat Ulasan

2 Ulasan

rynas berkata…
Nampak sedap..menjadi juger yer. tahnish-tahniah kerana berjaya memasak resepi baru..pasni buat ikan bakar plak hehheh
Maryam Elyas berkata…
Cik T, heheh nampak sedap ke? Memang sedap pun. Boleh tahanlah juga. Heheh. Ikan bakar dah pernah buat. Tapi tak kick sangat sebab bukan bakar atas bara api..... huhuhu