Iklan Nuffnang

Rabu, 10 Disember 2008

Yahooo dapat hadiah lucky draw

Hari ini tepat jam 10.30 pagi aku sampai di One World Hotel untuk tugasan majlis pelancaran alat pendingin hawa terbaru Panasonic. Sedang aku minum kopi dan makan sandwic, kelihatan KK Wong dari bahagian pemasaran Jelita datang bersama Nurul, penulis Anjung Seri yang baru. Kami makan bersama. Sejurus kemudian kami masuk ke dewan besar (ballroom) untuk majlis pelancaran. Setelah itu kami ke dewan sebelah untuk makan tengah hari. Acara cabutan bertuah dimulakan. Ada tiga hadiah iaitu pengering rambut, alat pendingin hawa jenis biasa (RM1,100++) dan alat pendingin hawa terbaru (RM1,500++). Aku harap dapat hadiah itu namun hampa. Siapa yang tak suka dapat hadiah cabutan bertuah? Kalau korang pun, mesti korang suka kan?
Aku, KK Wong dan Nurul makan sambil borak-borak dengan Ashraf, bekas kakitangan BPSB dulu. Lebih kurang jam 2 petang mereka semua minta diri untu balik ke pejabat. Aku pergi ke lobi main-main telefon bimbit sementara menanti jam 2.30 petang untuk pergi ke majlis pelancaran minuman berkhasiat BerryGen daripada Tupperware Brand. Selepas mendaftar aku dijemput oleh kakitangan Tupperware untuk menikmati minuman ini. Erm... sedap dan tak rasa terlalu berherba. Yelah... sebab itu bukan minuman herba tetapi beri (berry). Kemudian aku dijemput pula untuk merasai DIY spa. DIY spa ini kami diberi rawatan kelopak mata, bibir dan urut tangan. Selesa je rasa apabila kelopak mata ditutup dengan span yang dicelup dengan air beri segar.
Selepas majlis penerangan tamat, penganjur mengadakan cabutan bertuah. Namun bukan cabutan bertuah menggunakan kad nama kita. Caranya ialah dengan meminta tetamu melihat di bawah kerusi yang diduduki. Jika ada kertas maka anda berpeluang menerima hadiah Tupperware. Kemudian satu sesi lagi ialah lihat di dalam fail siaran akhbar (press release). Jika ada kertas iklan yang ditandatangani oleh hos, maka anda berpeluang menerima hadiah. Masa ini aku teruja melihat aku adalah salah seorang daripada empat tetamu yang memiliki kertas iklan bertandatangan. Hehehe. Dapat hadiah dua buah Tupperware sederhana besar dan losen tangan Tupperware Brand. Yahooo….

4 ulasan:

raihanah berkata...

Wah oklah tu dapat barangan tupperware - bukan plastik murahan tapi dari orlando lagi, US u...

Cik Suri berkata...

Ok la kak yam...walaupun tak dapat aircond, dapat tupperware pun jadik. janji dapat. hamboi, datang 1 world bukan nak singgah sri pentas nih...

chocinmybox berkata...

tahniah!bertuah sungguh menjadi kak yam.mesti lepas2 ni tak nak bawak kak yam g asgment yang ada lucky draw. nanti tak menang pula

Mariam Elias berkata...

hahahaha