Iklan Nuffnang

Rabu, 17 Disember 2008

Gambar di Korea

TADI pagi aku minta Ketua Jurugambar BPSB, En Kahar buka blog aku sebab aku dah kemas kini blog ini mengenai Pencarian Gadis dan Jejaka I-Remaja. Saja-saja je suruh dia buka dan tengok. Boleh gak promote blog aku ni.
Sebaik sahaja dia buka blog aku, dia terus tanya. “Ni gambar dalam internet ke yang ko masukkan dalam blog ko ni. Kang tak pasal-pasal kena saman.” Gambar yang dimaksudkan ialah gambar header blog aku ni. Aku sedar gambar tu cantik. Tidak dapat dinafikan. Hahahah. Cantikkan gambar ni? Ada gambar pokok dan dua orang menaiki basikal. Nampak tenang je gambar ni. Sebenarnya gambar ini aku ambil sewaktu berkunjung ke Korea iaitu di Pulau Nami. Dalam blog ini tak ada kisah aku pergi ke Korea kerana blog ini aku mula buat selepas berbulan-bulan aku ke sana.
Jadi untuk keterangan lebih lanjut, aku masukkan gambar kunjungan aku ke Seoul, Korea Selatan. Jeng jeng jeng. Layanlah ya. Gambar-gambar ini semua aku letakkan saiz medium supaya lebih jelas untuk ditatap. Tataplah ya. Seronok sangat jalan-jalan di Korea.


Di Pulau Nami.

Bunga di depan hotel. Masa ni nak balik Malaysia dah.

Suasana sangat menarik hati.

Pemandangan dari dalam kereta kabel di Gunung Soeraksan.

Di tugu bergambar drama Winter Sonata.

Comel tak? Aku yang comel atau kereta ni yang comel?

Cantiknya bunga....

Bunga lagi.


Suasana mendamaikan.

Aku dan Sue, pemandu pelancong Korea.

Lokasi babak 'first kiss' dalam Winter Sonata.

Inilah gambar header blog aku yang En Kaha cakap tu.


Di taman tema I Love strawberry khas untuk kanak-kanak.

Di istana lama.

2 ulasan:

rynas berkata...

Cik yam tengok gambar pun dah teruja nak ke sana..bestnyerr...

raihanah berkata...

pengalaman di korea nampaknya terpahat dan berkesan betul dalam hati awak. semoga selepas ini ada destinasi yang dapat menambat hati awak lagi...