Iklan Nuffnang

Selasa, 25 November 2008

Waterfront Desa Park City

SALAM. Pagi ini aku ditugaskan ke majlis ulang tahun New Zealand Natural, sebuah jenama aiskrim. Majlis diadakan di Waterfront Desa Park City bersebelahan dengan Bandar Sri Damansara dan Kepong. Dulu aku pernah tinggal di Damansara Damai selama tempoh setahun lebih kurang lima tahun lepas. Ketika itu Waterfront Desa Park City belum ada lagi.
Hari ini aku pergi ke sana kerana bertugas dan aku amat kagum dengan lokasi ini. Perumahan mewah lengkap dengan tempat bersantai ala-ala mini kompleks beli-belah. Di Waterfront ini ada tempat makan seperti Kluang Station, Coffee Beans dan New Zealand Natural. Ada spa, kedai barangan bayi, pakaian wanita dan lelaki. Pendek kata lengkaplah apa sahaja yang diperlukan walaupun tidak sebesar pusat beli-belah lain. Paling penting ada 7 Eleven (untuk dapatkan keperluan harian) dan bank. Di sini ada Maybank.
Erm.... kalau aku kaya, aku nak beli rumah di sini. Aku simpulkan, inilah kawasan perumahan dalam resort yang paling best aku pernah lihat. Sebelum ini aku lihat perumahan di Ara Damansara. Best juga. Namun di sini lagi best. Ada tasik buatan dan taman permainan. Petang-petang bolehlah bawa keluarga atau rakan-rakan bersantai di tasik ini. Seronoknya lahai.....

Pemandangan di depan kompleks beli-belah.

Ada tasik.....

Antara deko bersempena kedatangan Krismas.

Taman berhampiran kawasan rumah dan kompleks beli-belah.

Pemandangan tasik yang menawan hati.

Saujana mata memandang.

Rumah gaya mewah.

Apa-apa hal pun aku tetap nak posing gak.

PETANG pula, jam 3 petang aku pergi ke majlis anjuran 8TV dan Nivea. Majlis memperkenalkan finalis Ultimate Prompt Nite. Majlis ini ringkas dan tidak meleret-leret. Majlis ini berlangsung di Jaya33. Mereka sediakan tempat letak kereta untuk media. Tak payah nak berebut-rebut dengan orang lain, kan?

Tiga finalis perempuan dan tiga finalis lelaki.

Tiada ulasan: