Iklan Nuffnang

Ahad, 23 November 2008

Jalan-Jalan di Awana Porto Malai, Langkawi

Nasir dan rakan media menyelusuri lurah untuk ke sempadan pantai.
Aku tak larat jadi aku tunggu di pangkin sahaja.

Tak bererti datang ke Langkawi jika tidak melawat ke Dataran Lang.

Ini dinamakan Quad Bike.

Syok wooooo! Merentas hutan naik Quad Bike ni.

Spa ikan keli.

Yang ini kaki aku. Yang bulu-bulu bukan tau. Spa ikan keli.

Di sinilah aku kena sesak nafas. Berposing sebelum kena sesak nafas.


Aku dan rakan media dari NSTP, NanYang dan Oriental Daily.

Di tepi laut, di bawah payung besar.

Senja di Awana Porto Malai, Langkawi.

Gazebo spa.

Inilah bilik tempat aku melelapkan mata selama dua malam.

Gambar dari dalam kapal terbang. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Aku dan Nasir (Jurugambar Jelita) sebelum menaiki kapal terbang.


YEHAAAAAA. Akhirnya berkesempatan juga aku menulis mengenai pemergianku ke Langkawi. Daripada gambar yang aku masukkan ini, apa pendapat anda? Seronok? Ya.... memang seronok. Terima kasih kepada Mis Jen dari Genting yang melayan aku dan rakan media lain dengan begitu baik sekali. Thank you Jen….
Tiga hari dua malam di sana banyak aktiviti yang diaturkan untuk kami. Aku dimaklumkan oleh Kak Haizan bahawa tugasan ini adalah untuk membuat liputan mengenai spa yang baru dibuka di Awana Porto Malai, Langkawi. Tak terlintas di fikiran aku bahawa ada aktiviti lasak yang perlu dibuat. Walaupun ada atur cara yang dinamakan Island Hopping, aku tak terfikir langsung untuk bertanya kepada penganjur mengenai aktiviti itu secara detail. Salah aku juga.... isk isk.....
Justeru aku tidak membawa pakaian lasak. Yang aku bawa ialah kemeja berwarna gelap (untuk nampak kurus, hahaha) dan seluar denim sahaja. Tidak ada seluar sesuai untuk merentas hutan. Disebabkan kepanasan dan kepenatan aku sesak nafas tatkala merentas hutan di Pulau Dayang Bunting. Ini adalah kali pertama seumur hidup aku sesak nafas. Saat itu Jen dan Fadil mengipas aku menggunakan topi masing-masing. Terima kasih sangat-sangat kepada Jen dan Fadil. Mereka agak cemas kerana melihat aku sesak nafas.
Di lokasi percutian Awana Porto Malai, ada pelbagai pakej rekreasi ditawarkan. Ada aktiviti lasak misalnya merentas hutan dan bermain Quad Bike. Kami dibawa memberi makan burung helang. Selain itu kami juga membuat liputan mengani sajian hebat yang dihidangkan di restoran Awana Porto Malai. Kami juga diberi rawatan urut satu badan di spa yang baru beroperasi selama tujuh bulan (April 2008). Sesungguhnya sangat menarik bercuti di sini. Untuk kisah lebih lanjut mengenai spa, sajian dan resort ini sudi-sudikanlah mendapatkan majalah Jelita ya.

5 ulasan:

SeriKencana berkata...

bukan ke ikan keli ada sengat... tak menyengat ke ikan2 tu?

Cik Suri berkata...

kakak tak pergi snorkeling kat pulau payar ke???

Mariam Elias berkata...

Ikan keli memang ada senyat tapi ini ikan keli terpelajar so dia tak menyengatlah.
Erm.... tak sempat nak snorkeling pun. Aktiviti padat dan kita hanya melihat-lihat saje.

rynas berkata...

ala saya nak tengk pemandangan indah di Langkawi tetapi ditutupi oleh .... ala you fahamla kan! Apapun u tetap kiut

Mariam Elias berkata...

Ditutupi oleh apa Puan Rynas? I tak faham la.....