Seharian mencari broadband


Aku sepatutnya bercuti di kampung bersempena perayaan Deepavali. Namun atas sebab tertentu aku tak jadi balik. Jadi cuti hujung minggu aku gunakan untuk meneman Suzi membeli broadband. Kami pergi bertiga dengan kawan lelaki Suzi.
Kami menuju ke The Curve namun di situ tiada kiosk broadband Celcom. Yang ada hanyalah kiosk promosi broadband Maxis. Suzi taknak Maxis. Kemudian kami mencari pula di Cineleisure. Tiada juga. Kami terus ke Ikano Power Centre. Tiada juga. Kemudian aku beli suratkhabar The Star dan Utusan Malaysia untuk melihat jika ada iklan broandband Celcom. Hampa. Yang ada hanyalah iklan Celcom bergambar Harith Iskandar. Nasib baik ada iklan itu yang turut disertai nombor telefon Celcom Careline. Aku dail nombor itu dan disambut oleh operator lelaki berbangsa Melayu. Namun jawapan yang diberikan tidak memberangsangkan dan lelaki itu menyarankan kami menuju ke Kedai Celcom di TTDI, Jalan Ampang atau Cheras. Dia turut menyarankan kami ke MidValley kerana katanya ada kiosk Celcom di tingkat 3.
Kami ke Kedai Celcom TTDI namun sudah tutup kerana waktu operasi pada Sabtu tamat jam 12.30 tengah hari. Hampa. Kami terus menuju ke MidValley namun tiada kiosk Celcom di tingkat 3. Aku terus bertanya di kaunter dan petugas kaunter berkata kiosk Celcom ialah di tingkat LG. Ya Allah.... betapa sukarnya kami hendak mendapatkan broadband Celcom.
Sampai di kiosk tingkat LG itu kami dilayan oleh petugas berbangsa Cina. Namun dia mengatakan kurang mahir mengenai broadband. Lalu dia memanggil teman setugas lelaki berbangsa India. Aku, Suzi dan kawan Suzi kurang berpuas hati dengan penerangan lelaki itu. Apatah lagi apabila diminta membayar RM600++ (RM599 untuk modem + RM98 yuran bulanan). Terlalu mahal.
Lantas kami terus ke KL Sentral kerana Suzi teringat bahawa dia ada ternampak Kedai Celcom di sana. Sampai Di KL Sentral kami sebenarnya sudah terasa lapar namun Suzi tidak mahu makan selagi belum mendapat broadband idamannya. Aku ikutkan je lah kerana memang sudah faham benar dengan sikapnya.
Sampai di KL Sentral kami disapa oleh petugas di Kiosk broadband Maxis. Munurut promoter hari itu ada promosi bersempena Deepavali. suzi buat tak tahu je dan terus berjalan menuju ke Kedai Celcom. Ada 2 petugas lelaki di situ. Selepas bertanya itu, ini itu, ini petugas itu berkata kalau tanya banyak-banyak tapi tak beli buat penat je dia cakap. Masa itu aku dah rasa mamat ni macam poyo je. Kemudian Suzi tanya, kalau saya beli hari ni bila boleh guna broadband tu. Lelaki tu kata kalau akak beli hari ni pun saya takde stok. Saya kena order dulu. Hak alah.... Aku dah mula angin je sebenarnya. Sudahlah lapar, ditambah pula dengan sikap pekerja yang macam ni. Selain itu dia ada memberitahu, kalau kami beli hari ini pun, dia tidak dapat menghantar borang permohonan untuk mengaktifkan broadband kerana Celcom cuti bersempena Deepavali.
Kami terus keluar dari situ dan ingin menuju ke restoran RasaMas. Kebetulan ada kupon percuma.... hehhe
Aku sempat singgah ke kiosk broadband Maxis kerana ingin mendengar penerangan petugas di situ. Kata orang broadband Maxis ni mahal berbanding Celcom. Disebabkan keramahan dan keberkesanan penerangan petugas ini, aku 'tersangkut' lama. Suzi muka masam je masa ni. Mungkin dia bengang sebab berjam-jam mencari broadband Celcom tapi tak berjaya. Aku bersungguh-sungguh mendengar penerangan. Akhirnya terkeluar soalan, berapa saya kena bayar kalau nak sign up broadband ni? Petugas tu kata "RM100". Suzi terus terkejut? Berapa???? Mula-mula aku yang semangat sekarang ni dia pula yang lebih-lebih.
Akhirnya Suzi terus sign up broadband siap tukar daripada prepaid kepada postpaid Maxis. Sebagai pengguna Maxis selama 5 tahun lebih, Suzi layak tukar kepada postpaid secara percuma. Malah yuran bulanan broadband pun dapat diskaun RM40 sebulan kerana dia adalah pelanggan postpaid sekarang ni. Daripada RM134 sebulan, Suzi cuma perlu bayar RM98 je.... murahkan??? Dahlah murah, dapat layanan baik punya. Aku bagi A++ kepada kakitangan promoter broadband Maxis di KL Sentral hari tu.
Selepas itu kami makan.... Suzi sudah tersenyum sepanjang masa kami makan. heheheh....

Catat Ulasan

1 Ulasan

suziey berkata…
Hehehehe..tima kasih ya temankan aku mencari broadband..celcom poyo kan..