Iklan Nuffnang

Isnin, 27 Oktober 2008

Kata seru, kata arah & kata nafi

KATA SERU
Secara mudah, kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyatakan perasaan. Apa yang perlu diingat ialah kata seru perlu diletakkan tanda seruan pada akhir ayat. Kesilapan yang selalu dibuat ialah penulis meletakkan tanda seruan pada tempat yang salah. Contoh:

Wah! Cantiknya baju kamu. (salah)
Wah, cantiknya baju kamu! (betul)

Kata seru tidak semestinya diikuti dengan kata seruan (wah, cis, amboi, nah, eh). Boleh juga sekadar ditulis ayat: Cantiknya baju kamu! Tidak perlu ditambah ‘wah’. Apa yang perlu diambil perhatian ialah anda perlu meletakkan tanda koma “,” selepas kata seru dan tanda seruan (!) pada akhir ayat. Itu saja! Senang bukan?

KATA ARAH
Kata arah digunakan untuk menunjukkan tempat. Contoh kata arah ialah dalam, luar, bawah, atas, belakang, tepi, sana, sini, situ, pinggir dan sebelah. Penggunaan kata arah mesti didahului dengan kata sendi nama ‘di’, ‘ke’ atau ‘dari’. Paling penting yang perlu diingat ialah kata sendi ‘di’ dieja jauh dengan kata arah. Contoh:

Rynas duduk di sebelah Suzi.
Anis suka duduk sambil berangan di pinggir hutan.
Haizan mundar-mandir dari tepi tangga ke tempat duduknya.

KATA NAFI
Kata nafi hanya ada dua sahaja iaitu BUKAN dan TIDAK.

Perkataan ‘bukan’ digunakan untuk menafikan maksud ayat bagi kata nama dan kata sendi nama yang mengikutinya. Contoh:
Cikgu Ema bukan guru kelas saya. (kata nama)
Rumah saya bukan di Kajang. (kata sendi nama)

Manakala perkataan ‘tidak’ digunakan untuk menafikan kata kerja dan kata adjektif.
Saya tidak penat walaupun bersenam selama empat jam. (kata kerja)
Rynas tidak marah kepada Duranni. (kata adjektif)

Pun begitu, perkataan ‘bukan’ boleh digunakan pada kata adjektif jika ada pertentangan maksud.
Rynas bukan marah kepada Duranni tetapi dia geram kerana Duranni suka buat sepah.

Diharap penerangan di atas dapat memberi manfaat kepada semua. Sekian.

2 ulasan:

rynas berkata...

Baekkk cikgu...
glamer sungguh nama rynas ngan durrani tuh yer hheheh

Mariam Elias berkata...

Hehehe... kita bukan cikgu ler...
Dimaklumkan bahawa penggunaan nama dalam blog ini adalah rekaan semata-mata. Warghhh warghhh warghhh.