Iklan Nuffnang

Jumaat, 17 Oktober 2008

Agak berjaya akhirnya....

Hari ini aku mencuba untuk memasukkan gambar dalam blog ni. Berjayalah juga untuk masukkan gambar wajah aku yang sudah disolek tu. Cantik tak? Hehehehe. Namun begitu aku masih belum jumpa lagi tempat untuk muat turun gambar dalam artikel. Menurut kata Rynas, komputer kat pejabat ni memang tak boleh guna untuk muat turun gambar. Maknanya kena buat di rumahlah ya. Hehehehe lagipun kat pejabat mana boleh main-main blog ni kan... salah di sisi undang-undang etika pekerja.
OKlah, nanti la aku buat di rumah. Setakat ni pengunjung blog aku ni ialah Rynas (Siti I0Remaja) dan Aton (dulu pereka grafik Jelita). Terima kasih kerana sudi melayari blog aku ni ya.... Da... jumpa lagi pada lain masa.

Tiada ulasan: