Tak Sempat Nak Menulis? Jom CikYam Tuliskan Untuk Korang


Aku sibuk nak develope team. Penat layan anak team nak restok, nak rekrut lagi, nak sustain bisnes bukannya mudah. Manalah ada masa nak menulis. Facebook tak konsisten update, fb page sendu, website dan blog pun bersawang. Aku tak sempat menulis weh!

Korang ada masalah macam ni ke?

Tahniah kerana korang sedang baca blog CikYam ni. Ini kerana masalah korang boleh selesai. Tak sempat menulis bukan lagi masalah yang patut buat korang pening. Serahkan masalah tu pada yang pakar menulis. Biar apa yang ada dalam kepala korang tu dialirkan dengan betul pada yang memahami situasi korang. 

Bagi je kat CikYam. Menulis ni memang dah jadi darah daging CikYam. Kalau bukan darah daging, apa lagi? CikYam dah menulis secara profesional selama 16 tahun sebagai wartawan. Memang kerja CikYam hari-hari menulis. Dan menulis ni bukan masalah untuk CikYam. Memang CikYam suka menulis!


Bina team memang perlukan masa. Memang tak sempat menulis, kan?


Korang nak CikYam tulis kat mana?

Posting fb?

Website?

Instagram?

Blog?

Sale letter?

Insya-Allah CikYam boleh realisasikan. CikYam boleh sesuaikan bahasa cakap macam wanita matang di facebook, macam orang profesional di website dan bahasa remaja di instagram. CikYam juga faham mengenai bahasa santai yang selalu lebih selesa dibaca di media sosial.

SIAPA MARYAM ELYAS?

1. Nama Maryam Elyas, mesra dipanggil CikYam je. CikYam mula jadi wartawan sebagai beauty writer di majalah Jelita under Berita Publishing Sdn Bhd. Office dia masa tu di Taman Desa, Jalan Klang Lama. Masa di sini, CikYam buat artikel mengenai produk kecantikan. See, CikYam memang faham bab kosmetik.




2. Bukan itu saja. CikYam jugak buat artikel berat seperti human interest berkaitan kewanitaan. Masa di majalah Jelita, artikel CikYam mengenai pengemis yang bertajuk Tangan Yang Di Bawah telah menang dalam kategori Rencana Bahasa Melayu Terbaik. Pertandingan anjuran Malaysian Press Institute. Hadiah masa tu disampaikan oleh Datuk Sri Najib Tun Razak, sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu. See, CikYam mahir menulis artikel. Insya-Allah.



3. Kemudian, CikYam berhijrah ke Kumpulan Media Karangkraf dan join sebagai wartawan majalah MIDI. Majalah untuk wanita berusia 40-an. Apabila majalah MIDI tutup disebabkan masalah jualan iklan, CikYam join majalah Mingguan Wanita. 

Cover dengan Nanu ni CikYam yang uruskan.


Shoot cover dengan Raja Azura best giler. Setengah jam settle.

Ini salah satu cover yang CikYam buat masa di Mingguan Wanita.



4. CikYam dipinjamkan ke akhbar Sinar Harian sekejap dan kemudian menyertai majalah RASA. Ketika ni, jabatan majalah telah bekerjasama dengan Astro dan membentuk syarikat yang dinaman Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Hinggalah tahun 2020, Covid pun datang lalu perkhidmatan CikYam diberhentikan kerana pengurangan kos syarikat.

5. Namun, minat dan passion menulis takkan terhenti. Malah CikYam makin serius menulis dengan mengambil upah menulis. Setakat sebulan ini, CikYam telah ada 11 client termasuklah individu persendirian dan juga syarikat.


KENAPA KENA AMBIL SERVIS PENULISAN CIKYAM?

👉 FAHAM KEHENDAK CLIENT

Sebagai wartawan, CikYam faham kehendak yang diperlukan oleh client. Semasa bekerja dulu pun, CikYam banyak menulis iklan client. Tak kisahlah client apa, misalnya kosmetik, suplemen, fesyen atau produk makanan, CikYam faham apa yang korang mahukan.

👉 MAHIR SELOK-BELOK COPYWRITING DAN ARTIKEL

CikYam faham selok-belok penulisan copywriting dan artikel. CikYam faham bezanya. CikYam juga mahir dalam penulisan iklan secara soft sell. Teknik storytelling adalah kekuatan CikYam.

👉 PAKEJ HARGA BERBALOI

Walaupun CikYam mahir menulis, namun upah CikYam tidaklah harga mahal melantun. Sesuai dengan pengalaman CikYam sebagai penulis profesional 16 tahun lamanya. Berbaloi dan CikYam faham keadaan sekarang yang kita semua saling memerlukan. CikYam ada senarai menu. Berminat nak tahu menu, PM jer. Klik Sini


JOM BUAT E-BOOK DENGAN CIKYAM



Mahir dalam penulisan bentuk storytelling melalui pengalaman menulis artikel human insterest, CikYam boleh bantu korang buat e-book sendiri. Sepanjang jadi wartawan, CikYam memang kerja interview orang. Banyak orang CikYam interview. Pengemis, usahawan, ibu mithali, pengasas produk, eh ramai la. Pendek kata, CikYam ada kemahiran interview.

Melalui interview ini, CikYam sangat teruja nak menulis kisah kejayaan. Seronok sangat menulis kisah kejayaan. So, CikYam sarankan, kepada korang yang mempunyai kisah menarik, bolehlah buat e-book kisah kejayaan korang tu. Sayang sangat kalau tak dijadikan e-book kerana kisah kejayaan korang boleh bagi inspirasi pada orang ramai.


E-BOOK SULUNG CIKYAM

Serius sebagai ghost writer, CikYam jugak bakal melancarkan e-book pertama. Tajuknya STEP BY STEP TULIS AYAT IKLAN BIZ KECANTIKAN.

Tapi e-book ni masih dalam pembikinan. CikYam masih memperkemaskan lagi konten dalam e-book ni sebab CikYam nak bagi elok dan puas hati bila baca. CikYam taknak buat jenis yang nanti kena up sell beli lagi satu e-book sebab rasa macam tak cukup. Insya-Allah dengan satu e-book ni, korang boleh tulis copywriting yang korang rasa best. Tapi kalau korang bizi, kena upah CikYam jugaklah ye.

OK, so dah kenal siapa CikYam?

Kalau nak upah CikYam menulis, boleh je hubungi CikYam kat sini:

Facebook: Maryam Elyas

Page: Puan Maryam Elyas

WhatsApp: Klik sini

Jumpa lagi & salam sayang daripada,

CikYam





Catat Ulasan

0 Ulasan