Servis Upah Menulis Shah Alam

 


Pada hari ini, penulisan buku bukan sahaja untuk bacaan sahaja. Buku juga boleh dijadikan sebagai bahan pemasaran bagi usahawan. Buku yang diterbitkan secara profesional boleh menambah keyakinan pelabur dan juga pelanggan.

Saya boleh bantu para usahawan untuk mempunyai buku sendiri dengan look and feel yang profesional. Antara pelanggan saya ialah Noor Arfa iaitu sebuah syarikat batik tersohor di tanah air yang beroperasi di Kuala Terengganu.

Saya bersama Pengasas Noor Arfa, Wan Mohamed Ariffin Wan Long (duduk) dan Noor Hijerah Hanafiah (kanan).

Saya bersama buku bertajuk Siapa Noor Arfa?

Selain menulis untuk usahawan, saya juga menerima tugasan daripada agensi kerajaan. Saya bantu agensi kerajaan dalam proses penerbitan buku dan majalah. Antara agensi kerajaan yang pernah mendapatkan khidmat saya ialah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Buku Aspirasi Membangun Usahawan Madani 20 Tahun INSKEN.

Dari kiri: YBrs. Puan Viviantie binti Sarjuni (Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN), YB Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubok), YB Encik Steven Sim Chee Keong (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Datuk Mustaffa Kamil bin Ayub (Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN) dan Puan Eneng Faridah Iskandar (Timbalan Pengarah Urusan (Pembangunan), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

LATAR BELAKANG SAYA

Nama saya Maryam Elyas, namun ramai yang memanggil saya dengan gelaran lebih mesra iaitu CikYam. Saya seorang penulis profesional dan telah menghasilkan buku panduan penulisan iaitu PROWRITER. Buku ini juga sangat sesuai untuk anda yang ingin memperkasa kerjaya sebagai penulis upahan. 

Saya telah menulis lebih 20 buah buku secara solo dan antologi. Buku saya diterbitkan oleh banyak rumah penerbitan termasuk Alaf21 dan Buku Prima di bawah bumbung Grup Buku Karangkraf. Lima buah buku saya pernah menerima Dana Penulis oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2009 dahulu.

Saya juga seorang jurulatih bertauliah (penulisan) bertauliahkan oleh HRD Corp. Saya sering mendapat jemputan untuk memberikan kursus penulisan kepada kakitangan jabatan kerajaan dan orang awam sama ada secara bersemuka atau dalam talian. Fokus saya adalah penulisan rencana, buletin, kreatif dan media sosial.

Selama 16 tahun bekerja sebagai wartawan, saya pernah diiktiraf sebagai Wartawan Rencana Terbaik (Bahasa Melayu) 2007 pada Malam Anugerah Kewartawanan Malaysia anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Sejak Januari 2021, saya fokus menulis sebagai penulis upahan (ghost writer) dan juga jurulatih penulisan secara sepenuh masa.

KERAHSIAAN PELANGGAN

Antara hasil karya saya sebagai penulis upahan dan saya dibenarkan untuk menguar-uarkan projek ini oleh pelanggan.

Sebagai penulis upahan, saya sedar bahawa salah satu etika kerjaya penulis upahan ialah kerahsiaan pelanggan. Jika anda menjadi pelanggan saya, saya akan jaga kerahsiaan itu kecuali saya dibenarkan untuk menguar-uarkan kerjasama kita secara terbuka.

Jadi, jika anda memerlukan khidmat saya, bolehlah hubungi saya untuk kita berdiskusi.

Layari website rasmi saya iaitu www.maryamelyas.my bagi mendapatkan lebih banyak informasi mengenai penulis upahan. Layari website www.maryamelyas.my/kursus-penulisan bagi mengenai informasi mengenai jurulatih penulisan.

Terima kasih.

Catat Ulasan

0 Ulasan