Foundation Haus Cosmetics Full Coverage, Tutup Cela & Diyakini Halal


Foundation ni dalam bahasa Melayu kita panggil bedak asas. Maksudnya, produk ni dipakai kat kulit muka sebagai asas solekan. Dengan tujuan nak cover cela kat kulit misalnya jerawat, pori besar atau parut yang ada supaya hasil solekan nanti nampak cantik.

CikYam ni bukanlah orang yang pakai foundation tiap hari. Sebab rasa macam tak perlu pun. Tapi tiap hari CikYam pakai cream moisturiser. Sebab CikYam ni kulit kering. Kena selalu pakai pelembap. Kang tambah kering, kusam lak kulit muka.

Foundation ni kan bedak asas jer. So CikYam rasa tak pakai pun takpe. Lagipun buat apa la nak berfoundation bagai. Bukan nak mekap mampan cam pengantin pun. Tapi kan, prasangka tu semua berubah bila CikYam jumpa satu foundation yang sangat sesuai untuk kegunaan harian. Bila dipakai, tak berminyak tebal cam pakai topeng.
.
Ini foundation Haus Cosmetics dengan packaging lama dalam botol.

.
Rupa-rupanya kan, foundation Haus ni berasaskan air (water base). Sebab tu la dia tak berminyak dan tak buat kulit muka rasa melekit. Happy giler pakai foundation ni. Lagi-lagi bila tahu foundation ni bukan setakat diuar-uarkan bagus. Tapi ada bukti tau.
.
CikYam tahu sangat Pengasas Haus Cosmetics ni cerewet giler bab kualiti produk. Dia bawak foundation ni ke makmal kat Taiwan. Kat sana ada teknologi canggih untuk lebih tepat detect SPF. Result yang Haus dapat adalah foundation ni ada SPF 82 PA++++ dan foundation ni jugak adalah sejenis Broad Spectrum yang terbukti ada sunblock dan sunscreen (SPF dan PA ++++). Tengok la sendiri gambar sijil kat bawah.
.
Bukti ujian makmal pada foundation Haus Cosmetics.

.
Harus la kan CikYam tak ragu-ragu lagi nak pakai foundation ni kan?

TEKNOLOGI SEBOCLEAR-MP DALAM FOUNDATION




Bahan mewah dalam foundation Haus Cosmetics ni salah satunya adalah Seboclear-MP.  Haaaa tahu tak apa tu Teknologi Seboclear-MP? Teknologi ni sebenarnya adalah bahan aktif micobiodata yang berasal daripada daun pokok Maclura Cochiinchinesis. Perghhh sedap kemain nama dia. Berbelit lidah nak sebut nama pokok ni.
.
Apa daun ni boleh bagi kat kulit muka selain daripada full coverage yang dicanang-canang tu?
.
Selepas diproses, daun ni boleh menghasilkan kesan Seboclear-MP yang boleh bantu macam-macam masalah kulit. Antaranya:

👍 Kurangkan jerawat. Letak je 1 titik foundation kat atas jerawat. Insya-Allah kecut.
👍Bantu anjalkan kulit.
👍Kurangkan garis halus kat kulit.
👍Kecilkan pori.
👍Bantu hilangkan blackhead, whitehead.
.
Fuhhh bukan biasa-biasa kan? Nampak tak betapa hebatnya Teknologi Seboclear-MP ni. Eh bukan CikYam saje buat cerita tau. Foundation yang namanya Melty Glam Aqua Foundation ni pernah menang tempat pertama bagi kategori Most Innovative Raw Material, di The BSB Innovation Award di Paris pada 2018. Haaaaaa bangga tak ada produk bumiputera menang kat oversea?

DRAGON BLOODS YANG SANGAT BEST



Dalam foundation Haus juga ada Dragon Bloods. Tau tak Dragon Bloods tu apa? Ini adalah teknologi yang sangat best tau. Dragon blood ni bukan darah naga. Tapi sebenarnya getah daripada pokok Croton Lechteri.
.
Apa bestnye getah ni? Ni bukan getah sekerap yang dedulu atok nenek kita noreh pepagi hari tau. Tapi ni getah yang sangat bagus untuk sihatkan kulit. Getah pokok ni warna merah pekat. Sebab tu kot dinamakan Dragon Bloods.
.
Teknologi Dragon Bloods ni bantu kulit lebih anjal, awet muda, anti-radikal bebas. So kalau kena cahaya matahari tu, idok la cepat sangat terangsang kulit tu. Teknologi ni bantu bagi perlindungan kat kulit.
.


HARGA BERBALOI, KUALITI HEBAT

Nak tahu berapa harga Melty Glam Aqua Foundation ni? Murah sesangat kalau nak dibandingkan dengan kualiti produk yang sangat best ni. RM59 (10ml)



Ada 7 tone foundation untuk dipilih ikut kesesuaian kulit.




L = LIGHT
C = COLD
M = MEDIUM
W = WARM
D = DARK

SEMESTINYA HALAL

Raw material produk HAUS semua guna bahan semula jadi. Guna pokok. Takde guna bahan sintetik lebih-lebih lagi merkuri. No, no, no. Selamat dan HALAL. Itulah HAUS COSMETICS. Bukan full coverage je tapi siap dengan bahan superbbbb nak cantik dan sihatkan kulit muka.
.
Dengan segala teknologi dan manfaat daripada bahan premium dalam foundation ni, korang rasa berbaloi tak nak dapatkan satu tiub foundation ni? Kalau CikYam, memang CikYam rasa berbaloi sangat. Yelah, ini produk bumiputera, Muslim dan di kilang yang buat foundation ni semuanya pekerja Muslim tempatan. Kilang kat Cheras je. Owner kilang tu ialah pengasas produk ni sendiri iaitu Puan Eiyma Jalil. Dialah founder, dialah owner kilang dan dialah Ketua R&D formula foundation ni. Best kan?

Puan Eiyma sangat cerewet dengan kualiti produk yang dihasilkan.


So, nak dapatkan foundation yang best ni, klik je sini (Saya Nak Beli Foundation Haus)

Catat Ulasan

0 Ulasan