Ramadan Makin Hampir Namun Mak Abah Jauh Di Mata, Ini Pengganti Diri Buat Mereka




Sedih. Terkesan di hati. Namun apa nak buat. Ujian Allah datang ketika Ramadan semakin hampir menemui umat Islam. Dengan adanya wabak Covid-19 ni, kita semua kena patuh duduk di rumah memasing. Tak boleh keluar tanpa urusan penting. Nak balik kampung pun tak boleh weh.

Jadi, hiduplah terkurung di perantauan. Kalau dulu biasanya CikYam sambut 1 Ramadan di kampung. Bersahur dengan mak abah dan berbuka puasa dengan mereka. Solat terawih sama-sama. Tapi kini, kita betul-betul bagaikan orang asing. Macam tak ada keluarga. Kena berjauhan.

Alangkah sedihnya rasa hati. Alangkah pilu rasa diri ni. Sedih sesangat. Mak abah kat kampung. Kita pulak kat kota raya yang makin lama makin sunyi sebab semua orang semua di rumah masing-masing. Tak ada lagi berkunjungan. Semua jaga diri masing-masing.

Fuhhh teruk kan penangan wabak akhir zaman ni?

Cakap pasal Ramadan, pa yang selalu ada atas meja untuk berbuka puasa? Apa lagi kalau bukan kurma atau tamar. Kan? Nak keluar beli kat Tesco? Alahai, susahnya. Takkan nak keluar rumah semata-mata nak beli kurma. Tu untuk diri sendiri, gigih la keluar beli. Tapi takkan nak biar emak ayah keluar gi pasar beli kurma, kan?

CikYam buat macam ni je. Beli kurma secara online. Lepas tu pos kat diorang. So, mak abah CikYam tak payah la susah-susah nak keluar beli kurma sendiri. Tunggu je kat rumah sambil baca Quran, abam posmen datang hantarkan kurma. 

Nak tahu CikYam beli kat mana? Oh CikYam beli kat Haus Cosmetics je. Ye, bunyi cam pelik kan brand kosmetik ada jual kurma. Dik, sekarang zaman wabak Covid-19 ni jangan pelik kalau semorang beralih arah dan bukak bakul baru. CikYam pun sekarang ni join jual ayam dan ikan segar. Ermmm bukan CikYam la tapi suami. Tak salah kan?


KURMA HAUS PREMIUM


Haus Premium ada keluarkan kurma yang sangat sedap tau. Ada 3 jenis kurma iaitu Safawi, Ajwa dan Medjool. Nak tau apa yang best pasal setiap kurma ni?

KURMA SAFAWI
- Warnanya hitam pekat, bentuk lonjong dan saiznya kecil.
- Isinya sederhana tebal, lembap, lembut dan manis.
- Membekalkan tenaga dari sumber gula semula jadi.
- Kaya dengan vitamin A dan vitamin B.




KURMA AJWA
- Digelar sebagai kurma Nabi.
- Warnanya hitam.
- Isinya lebih tebal daripada kurma Safawi.
- Kaya dengan kandungan mineral semula jadi.
- Ditanam di Madinah.




KURMA MEDJOOL
- Digelar Raja Kurma sebab kualitinya yang tinggi.
- Saiz besar dan isinya tebal.
- Manis macam karamel.
- Kalorinya rendah.




MACAM MANA NAK HANTAR KURMA KEPADA EMAK AYAH?

Senang je. 

CARA PERTAMA, korang order melalui link ni.
👉  https://hauscosmetics.com.my/?ref=CikYamHausCosmeticsSHAHALAM

Klik je dan isi apa yang diminta. Tadaaaaa, terus kurma ni akan diposkan ke alamat yang korang isi. 

CARA KEDUA, kalau nak CikYam isikan pun boleh. Lagi senang. Bank in je duit, bagi detail kat CikYam dan CikYam akan terus isikan order korang.

Senang kan?

Dah. Jangan sedih-sedih. Sebagai anak, memang la kita sedih bila berjauhan dengan emak ayah. Tapi harapan CikYam semoga kurma yang sedap-sedap ni akan boleh mengubat kerinduan. Jangan biar emak ayah kita susah-susah keluar cari kurma untuk berpuasa ni. Kita pos siap-siap kat diorang. Hantarkan kurma premium daripada Haus Cosmetics kepada mereka sebagai pengganti diri kita yang tak dapat balik kampung.



HARGA MACAM MANA?


Ya ampun, hampir lupa nak cakap pasal harga. Bukan apa, CikYam suka giler dengan promo yang Haus Premium buat ni. Free postage la korang. FREE POSTAGE!!!

Harganya pulak macam ni.


Serendah RM20, kita boleh happy kan mak ayah kat kampung dengan kurma yang premium ni. Lagi-lagi Medjool tu. Kurma tu sangatlah sedap dan memang kurma yang berkualiti tinggi. Kan? Mesti mak ayah tersenyum berbuka puasa sambil makan kurma yang dihantar oleh anaknya. Walau jauh di mata, kita tetap bagaikan ada di sisi mereka.

Love, CikYam




Catat Ulasan

0 Ulasan