Jemputan daripada Mutiara Taman Negara aku sambut baik kerana belum berpeluang ke sana. Di sana aku dapat tengok kancil, monyet, kala jengking dan biawak yang memanjat pokok. Di bawah ni ada gambar untuk kita kongsi bersama.
Aku boleh sampai, kira hebat jugalah aku ni.
Aku teruja dengan sambutan Majlis Perpisahan yang dianjurkan Mutiara Taman Negara. Majlis ringkas ini sungguh bermakna. Kami dijamu dengan barbeku ayam, daging lembu, ketam, sotong dan udang. Ada juga sate dan kuah kacang. Hebat. Beberapa media termasuk aku menyertai pertandingan menyumpit. Hadiah lumayan iaitu percutian tiga hari dua malam di Mutiara Beach Resort, Langkawi. Aku kalah. Maklumlah, kali pertama menyumpit... Teknik hancur. Yang seronoknya, aku menang best dress.
Kain batik aku ikat seperti tudung. Kreatif tak?
Sebagai insan bertubuh besar seperti aku, melakukan kegiatan mendaki dan merentas hutan bukanlah sesuatu yang mudah. Aku kuatkan semangat untuk bersama-sama dengan 22 rakan media lain menyempurnakan kegiatan menyeronokkan yang sudah dirancang untuk kami. Lihatlah gambar di bawah. Itu antara laluan sukar. Di sini juga aku mendapat pengalaman digigit pacat. Namun gambar kaki aku digigit pacat tak sempat aku rakam kerana ketika itu aku agak huru-hara. Letih, terlalu letih bercampur dengan takut. Aku percaya aku digigit pacat tatkala aku jatuh terduduk kerana laluan licin. Masa itu kaki aku terbenam dalam lumpur. Dan punggung aku pun kotor terkena lumpur. Takut woo kalau-kalau pacat tu termasuk ke tempat-tempat tak sepatutnya. Hehehe... Terima kasih kepada kakitangan Mutiara Taman Negara, Anthony Clement yang sanggup mengangkat aku tatkala aku jatuh terduduk kerana laluan licin. Ketika itu aku memang tak larat nak bangun sebab kegiatan berjalan sejak jam 9 pagi hingga 1 petang benar-benar membuatkan aku letih kerana menggunakan sepenuhnya tenaga aku. Thanks Anthony.
1 Ulasan