Zone Selesa Jerangkap Samar Surirumah, Ini Sebab Surirumah Kena Buat Bisnes



Berada dalam zon selesa adalah satu perkara yang amat bahaya. Ini kerana kita tak perasan zon selesa itu bakal bawa keburukan pada kita. Salah satu zon selesa yang dimaksudkan di sini adalah surirumah.

Surirumah memang satu peranan yang murni. Urus suami, anak dan rumahtangga. Memang sangat murni. Namun pernahkan kita terfikir suatu hari entah apa bakal berlaku pada suami kita. Dia yang menjadi pemberi nafkah utama dalam keluarga tiba-tiba hilang pekerjaan sebab kena VSS. Uisyhhhhh banyak berlaku kan sekarang situasi macam ni?

Malah pernahkah kita terfikir jika keadaan yang tidak diingini berlaku pada suami kita? Misalnya hilang upaya disebabkan kemalangan atau sakit yang tidak mampu bekerja. Selain itu, kita juga tidak pasti jodoh kita dengan suami sampai bila. Mana tahu, tiba-tiba bercerai. Kita tidak pernah minta sesuatu yang buruk berlaku. Tapi, itu semua tidak mustahil.

Sebab itulah, surirumah tak boleh terlalu selesa. Kita kena juga buat sesuatu supaya dapat menyelamatkan diri daripada sebarang kemungkinan yang berlaku. Salah satu caranya adalah membuat bisnes secara online.

Saya tak pandai bisneslah. Saya tak pernah minat untuk berniaga.

Itu memang selalu bermain-main di kepala. Namun percayalah. Semua skill boleh dipelajari. Begitu juga dengan berniaga. Boleh belajar. Jangan pernah mengatakan TIDAK BOLEH selagi kita tidak mencubanya. Jangan perkecilkan skill yang ada. Percaya dengan diri.

Jadi, kenapa surirumah perlu buat bisnes?

5 SEBAB SURIRUMAH PATUT BUAT BISNES

1. BOLEH BANTU SUAMI TAMBAH INCOME KELUARGA

Buat bisnes online pada hari ini telah terbukti banyak bantu surirumah tambah income. Lagi best sebab kita boleh tambah income hanya dengan duduk di rumah. Bukan ke produk kena pos pada kastemer? Ya, memang betul. Tapi pada masa sekarang ada pakej yang menawarkan servis posmen ambil barang di rumah. Lagi senang. Income yang kita dapat tu boleh disimpan dan digunakan pada waktu kecemasan.

2. MANFAATKAN SKILL YANG ADA

Setiap orang ada skill masing-masing. Misalnya menjahit, memasak, mengajar dan membuat kraf tangan. Jadi, alangkah ruginya jika skill yang ada tu tidak digunakan sebaiknya. Cuba manfaatkan skill itu dengan berbisnes. Misalnya kalau pandai memasak, buatlah bisnes online menyediakan servis masakan.

3. MINDA LEBIH TERBUKA

Apabila kita membuat bisnes, sekurang-kurangnya minda kita lebih terbuka. Ini kerana kita sentiasa berfikir untuk memajukan bisnes. Kita selalu meneroka peluang yang ada dan berjumpa dengan ramai orang. Ini membuatkan kita lebih berfikiran terbuka dan positif.

4. MENAMBAH KENALAN DAN NETWORKING

Percayalah, apabila kita terlibat dengan bisnes walaupun bisnes online, kita akan berjumpa ramai orang. Ini membuatkan kenalan kita lebih meluas. Inilah juga gunanya networking. Ada kala, networking bukan memudahkan urusan bisnes sahaja tapi juga urusan kehidupan kita sehari-hari. Orang kata, berkawan biar seribu.

5. HILANGKAN RASA BOSAN

Ada surirumah mengadu bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Pagi uruskan anak, hantar anak ke sekolah, ambil anak di sekolah, uruskan kain baju, memasak dan mengemas. Kata mereka, bosan dengan ruti harian. Ha, inilah masanya untuk anda berubah angin dengan membuat aktiviti-aktiviti yang boleh menghilangkan rasa bosan malah mendatangkan duit. Wow, seronok kan? Tak suka ke dapat duit tambahan tiap hari bila ada buat jualan?

BILA PATUT MULA?

Sepatutnya kita dah mula bisnes online sejak ada facebook. Sebab mudah sangat berbisnes di facebook. Tapi jangan mengeluh, jangan risau. Daripada tidak mula langsung, kita boleh mula hari ini! Cepat fikirkan apa yang kita hendak jual.

APA KENA ADA?

Jangan pening-pening. Nak buat bisnes online ni bukanlah macam nak berperang. Simple-simple sahaja. Untuk memulakan bisnes online, apa yang kita adalah:

1) Telefon bimbit
2) Data internet
3) Laman sosial facebook
4) Produk yang nak dijual

MACAM MANA NAK BERMULA BISNES?

Telefon bimbit, data internet dan akaun facebook, selalunya memang kita ada. Pada hari ni rata-rata setiap orang mempunyai akaun facebook. Itu petanda baik sebab kita akan menjual di situ. Tapi apa kita nak jual? OK, sekarang kita kena fikir apa produk yang hendak dijual.

Kalau suka masak, boleh juga kita pasarkan produk masakan kita. Kalau suka menjahit, boleh promote servis menjahit pada orang ramai. Selain itu, boleh juga fikirkan apa yang kita suka. Misalnya kosmetik, fesyen, produk suplemen atau apa-apa sahaja yang kita suka.

JADI EJEN DROPSHIP

Salah satu cara paling mudah untuk memulakan bisnes adalah dengan menjadi ejen dropship. Ini kerana kita tidak perlu susah payah menyediakan produk. Semuanya sudah tersedia. Kita hanya promote dan dapatkan pelanggan. Senang kan?

4 KEBAIKAN JADI EJEN DROPSHIP

Dalam bisnes online, kebanyakan syarikat yang mempunyai produk untuk dijual, akan menggunakan sistem ejen. Peluang untuk jana income dalam bisnes online sebenarnya terbuka luas dalam sistem sebegini. Ini kerana selain mendapat komisyen dalam setiap ranking, kita juga berpeluang mendapat untung daripada jualan kepada pelanggan.

+ Tak perlu modal besar. Malah ada syarikat menawarkan dropship tanpa modal.
+ Tak perlu simpan stok.
+ Tak perlu pos barang pada kastemer.
+ Tak perlu risau untung rugi bisnes.
+ Leader akan guide dan peluang untuk grow sebagai ejen dan stokis sentiasa terbuka.

NAK MULA BISNES ONLINE?

Haus Cosmetics menawarkan peluang berbisnes kepada semua golongan termasuk surirumah. Haus mempunyai ramai team yang merupakan seorang surirumah. Mereka berjaya membuktikan bahawa surirumah adalah golongan yang boleh berjaya dalam bisnes.

PELUANG SURIRUMAH BUAT BISNES DALAM HAUS COSMETICS



EJEN DROPSHIP HAUS COSMETICS (DS)
Kalau anda berminat menjadi DS, syaratnya mudah saja. Yuran RM50 dan anda akan menikmati diskaun sebanyak 15%. Anda akan dapat percuma 1 produk bernilai RM30 ke bawah bergantung pada stok yang ada. Kemudian anda akan dapat menyertai chanel marketing dalam apps Telegram. Anda kini sudah layak buat bisnes Haus.

EJEN (APPRENTICE GUARDIAN)
Kalau anda lebih serius hendak buat bisnes, anda boleh memilih ranking sebagai Ejen (AG). Sebab keuntungannya lebih besar. Anda layak mendapat komisyen setinggi 30%. Selain itu, anda layak mendapat semua dalam senarai ini.

💋 Boleh pilih mana-mana produk dengan diskaun 30%.
💋 5 buah Ebook Marketing yang bernilai RM250.00
💋 30 hari Sales Activity Workbook Digital yang bernilai RM100.00
💋 Mentoring Business yang bernilai RM1,000.00 - Mentor dalam Haus bukan biasaa-biasa. Korang kena baca kat sini. Klik link ni Mentor Haus Cosmetics.
💋 PERCUMA Marketing Material dalam Apps Telegram.
💋 PERCUMA Support Group sepanjang hayat.



Selamat berbisnes!

Catat Ulasan

0 Ulasan