Iklan Nuffnang

Selasa, 28 Februari 2017

Biar Aku Sendiri

Separuh jiwaku terbang, 
kala kau lafaz tidak lagi mencintaku.
Separuh jiwaku hilang,
 kalau kau kata aku bukan lagi suri hatimu.
Mengapa perlu ada dia saat kita sedang menyulam bahagia?
Andai ini episod cinta kita, 
pergilah kau. 
Aku rela sendiri daripada berkongsi kasih.
Usah aku dicari lagi jika cintamu pudar dibawa sinar kegelapan nanti. 
#maryamelyas

Jumaat, 24 Februari 2017

Hati & Perasaan

Mencintaimu ibarat aku pertaruhkan hati dan perasaan. Andai hatiku kau belai, maka perasaanku terbuai-buai. Andai hatiku kau permainkan, pasti perasaanku hancur bak kaca terhempas ke lantai.

#maryamelyas

Selasa, 14 Februari 2017

Tergugat Ke Dengan Peniaga Online?


Online, online, online. Beli-belah hanya di hujung jari. Duduk kat rumah je pun dah boleh shoping. Tak payah nak susah-susah keluar rumah. Tak perlu gi kedai, nak cari parking bagai. Tekan-tekan, klik-klik, masuk password online banking, bagi detail alamat dan nombor telefon, tunggu je lah abang posmen hantar barang depan pintu.

Paling best shoping online ni, depan bos pun kita boleh shoping. Yelah, shoping dekat henfon je kot. Best wo shoping depan bos. Aku pernah try. Sangat memberangsangkan. Hahahahaha.... Tak caya try la buat.

Oppsss... merepek sudah.

Ni ha, nak bagitahu. ESOK, 15 Februari ada wacana pasal bisnes online. Betul ke bisnes online ni membunuh bisnes konvensional. Bisnes konvensional ni maksudnya bisnes di kedai. 

Maklumlah peniaga konvensional ni kos banyak. Sewa kedai, renovate kedai, bayar pekerja, api, air bagai. Berbanding peniaga online yang hanya perlu buka kedai secara maya. So nak tahu betul atau tidak, meh datang esok ya.

#maryamelyas

Jumaat, 10 Februari 2017

Kau Tak Dihargai? Apa Lagi, Silalah Angkat Kaki!


Nak cerita benda sedih sikit malam ni. Hahaha. Kalau baca mutiara kata kat atas tu, sakitnya tu di sini kan? 

Yelah, kita betul-betul la punya sayang kat seseorang tu tapi dia tak habis-habis buat kita menangis. Kenapa ek boleh jadi macam tu?

Semuanya berbalik kepada soal penghargaan. Andai kita selalu dihargai, kita akan rasa diri kita amat diperlukan. Tapi kalau kita sikit pun tak dihargai, kita rasa diri kita ni ada atau tiada pun tak apa. Sakitnya rasa.

Orang yang pengorbanannya langsung tak dihargai ni, hatinya lama-lama akan mati. Dia akan jadi keras hati dan mungkin memberontak.

Tidak mustahil dia akan jadi murung. Jika perasaan sayang terhadap seseorang itu boleh terhakis, dia boleh move on. Alangkah pedihnya jika perasaan sayang itu kekal dalam hati, maka dia akan menanggung kesakitan sepanjang hayat.

Dia akan menangis kerana tidak dihargai. Orang yang dia sayang sedikit pun tidak menghargai perasaannya. 

Jadi, belajarlah untuk melepaskan orang yang sebegitu. Siapa tahu, bila anda sudah tiada, dia mulai terasa kehilangan. Siapa tahu kan?

Throw Back Tahun Lepas Interview Tunku Tun Aminah; Puteri Sultan Johor



Diam tak diam dah setahun dah pertemuan aku dengan satu-satunya puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah. Cepatnya masa berlalu, kan? Masa ni 18 Februari 2016 di Hotel Ritz Carlton, KL.

Aku dapat sesi interview one to one. Wow, rasa seronok tak terucaplah. Macam gigil sikit pun ada bila nak berdepan mata dan berbual-bual dengannya. Bila aku perkenalkan diri yang aku anak jati Johor, Tunku Tun Aminah senyum dan terus cakap kat individu sebelahnya, wartawan ni rakyat Johor. ;-)

Bilalah dapat jumpa lagi ek?

#maryamelyas

Panas Baran Ke Uols? Meh Baca Tip Ni. Mana Tahu Leh Sejuk Beku

Sumber: Sisipan Rehal, Sinar Harian (10 Feb 2017)
Hari ni nak cerita pasal marah. Kalau tengah marah memang kita mudah buat benda-benda yang di luar jangkaan. Sebab tu ada orang kata, jangan buat keputusan masa marah. Nanti menyesal. Sebab keputusan tu selalunya salah.

Dalam sisipan REHAL hari ni ada cakap pasal marah. Tertarik aku nak membacanya. Meh baca sekali. Sapa yang panas baran, pemarah atau selalu nak marah-marah tu, cuba baca artikel ni. Aku ringkaskan sikit kat sini buat korang yang mungkin 'malas' nak baca. Selalunya lelaki la kan, malas nak baca teks panjang-panjang. Hahahahaha.

Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohamad Kamil berikan tip atasi marah seperti berikut. Tip ni sesuai untuk kebaikan hubungan suami isteri:

1) Menerima kemarahan tersebut sebagai satu kebaikan. 
2) Memohon perlindungan ALLAH.
3) Melakukan perbuatan lain atau beredar.
4) Sucikan diri dengan berwuduk.

Perkara perlu dielak sewaktu marah:
* Tidak melampaui batas.
* Tidak menggunakan kata kesat, menyakitkan hati dan menghina.
* Tidak memarahi pasangan atau anak di depan orang lain.
* Jangan terlalu lama pendam kemarahan.

#maryamelyas

Khamis, 9 Februari 2017

Peritnya Cinta Dipersiakan

"Peritnya pabila cinta dipersiakan. Sukarnya mengungkap rasa dikecewa. Sayangku kau buang. Rinduku kau tepis. Kasihku kau dusta. Entah di mana aku kau letakkan. Usah diduga lagi isi hatiku. Hingga aku merasa hidupku lengkap jua jika kau tiada di sisi."


#maryamelyas

Apasal Sanggup Beratur Demi Tudung Fareeda? Ini Sebabnya!






Hari ni aku bertugas di HQ Fareeda Scarf. Lepas subuh aku bertolak ke Bandar Baru Bangi. Huhuhu awal sungguh. Sampai je depan HQ ni, aku tengok dah ramai orang kat depan pagar. Satu pagar khas untuk lelaki. Satu pagar khas untuk perempuan.

Aku park kereta jauh. Sampai je depan pagar lelaki, aku nampak ada seorang lelaki jatuh dan dikipas-kipas. Aku tanya kat orang sebelah aku. Kenapa ni? Pengsan, jawabnya. Mak aiii.

Bila sebut je brand tudung ni mesti orang akan ingat pasal beratur panjang demi nak dapat nombor untuk membolehkan beli tudung.

Ya. Kedatangan aku ke sini pun sebab nak buat story pasal tudung koleksi terkini dan juga interview beberapa orang yang sanggup datang awal pagi, beratur dan berasak-asak untuk beli tudung.

Aku dapat gambaran sebenar bila datang sendiri sebagai wartawan. Sebelum ni aku cuma baca info viral dan rata-rata kutuk kenapalah sanggup susah payah berasak-asak nak beli tudung. Tak kurang gak yang menempelak owner tudung ni yang sanggup buat benda macam ni kepada pembeli tudungnya.

Berbual dengan orang yang datang beratur, kebanyakannya ejen. Setiap orang yang datang, berikan 1 tiket. Setiap tiket cuma boleh beli 5 tudung dengan harga yang murah (harga promosi). 

Jadi ada ejen yang upah 'kaki' atau 'anak ikan' untuk tolong dapatkan tiket bagi membolehkan ejen ni dapat lebih jumlah tudung.

Kenapa ejen sampai sanggup upah orang? Sebabnya nak dapat lebih banyak tudung. Sebab tulah kita tengok ramai yang lelaki muda-muda beratur. Yelahkan. Orang yang sudi diupah untuk dapatkan tiket mestilah budak muda yang senang cakap takde komitmen anak dan kerja. 

Selain tu, ada jugak yang datang beratur ni personal shopper. Full time personal shopper. Diorang ni dah dapat katalog tudung terbaru Fareeda. Bila dapat order, diorang sanggup datang. Sebabnya, diorang beli pada harga promosi dan jual pada pelanggan pada harga retail. Berbaloi. Beli murah, jual mahal. Di sinilah personal shopper ni dapat untung.

Ada yang tanya, tak boleh ke beli masa lain? Macamlah tudung ni hanya ada pada masa tu je. Ye, jawapannya memang ya. Tudung ni hanya ada di HQ sahaja. Pengeluaran koleksi terbaharu dibuat lebih kurang 5,000 helai dan memang habis dijual pada waktu promosi tu.

Pada waktu lain, kalau ada di butik pun, harganya dah lain. 

Temubual dengan Mawar, kata wanita cantik ni, ada yang kata kenapa tak buat online je untuk edar pada ejen. Bukan ke bila buat macam ni orang lihat seolah-olah menyusahkan peminat tudung Fareeda tu sendiri.

Mawar kata, strategi buat begini membolehkan produk ini diperoleh dengan lebih murah pada ejen. Peminat tudung ni sanggup beratur demi harga yang lebih murah untuk menjana pendapatan.

Pada penilaian aku, memang harga pada hari beratur tu sangat murah. Tak hairanlah sanggup beratur dan upah orang untuk beratur. Kalau nak jana pendapatan, inilah masanya.

Mungkin. Ya mungkin. Kita akan lebih hargai tudung tu bila susah nak dapat, kan? Boleh je nak beli di butik tanpa perlu beratur awal pagi tapi mahal la harganya.

Kata Mawar, hanya peminat fanatik tudung Fareeda je yang faham mengenai kesanggupan beratur panjang ni. Yang bukan peminat, mungkin tak faham.

Sekian. Semoga menjawab persoalan sesiapa yang tertanya-tanya kenapa ada yang sanggup beratur panjang ya.

Sabtu, 4 Februari 2017

DAY 31: 31 days challenge by jdt blogger - Gambar Selfie atau Bersama Tersayang


Selamat petang. Lambat sikit up entri ni sebab siang tadi ada Family Day Sinar Harian. Petang-petang sambil rehat-rehat bolehlah up entri.

Tak sangka dah hari terakhir untuk cabaran JDT Blogger ni. Blog yang dah bersawang akhirnya kembali ceria. Harap-harap berterusanlah ya dan boleh memberi manfaat kepada pembaca dengan penulisan aku yang akan datang.

Task kali ini mengenai gambar selfie atau dengan orang tersayang. Aku rangkumkan kedua-duanya gambar selfie aku dengan orang yang aku sayang; encik suami dan si comel ni.

Gambar ni diambil di Kedah. Masa tu majlis kahwin adik aku. Amacam, ok tak? 

Sekian dulu. Sebagai penutup untuk 31 Days Challenge By JDT Blogger, aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta. Teruskan menulis, berikan yang bermanfaaat kepada pembaca blog anda ya. Akhir kata, TQ kepada semua yang menyokong aku untuk terus menulis di blog ini.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Jumaat, 3 Februari 2017

DAY 30: 31 days challenge by jdt blogger - Ucapan Untuk Followers

Assalammualaikum,

Task kali ini ialah ucapan untuk followers. Aku tak ada ramai follower pun. Sama ada di blog atau di laman sosial yang lain, jumlah follower aku boleh dikira. Jadi, sesiapa yang follow aku ni, memang aku ucap terima kasih banyak-banyak.

Kepada mereka yang sudi follow blog aku, baca status-status aku di facebook atau intagram, jutaan terima kasih ya. Aku bukanlah orang popular yang menjadi tumpuan dunia. Aku hanya insan biasa yang menjadi diri sendiri. :-)

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Khamis, 2 Februari 2017

DAY 29: 31 days challenge by jdt blogger - Menu Sarapan




Sarapan hari ini sebungkus nasi lemak. Aku beli di tepi jalan menghala nak ke pejabat. Lauk paru. RM4.50. Selalunya sedap tapi hari ni sambalnya agak kureng berbanding selalu. Minum pulak, beli teh tarik di kafe pejabat. 

Ni nak citer pasal teh tarik. Awalnya sampai je pejabat konon nak beli teh tarik. Tapi ramai pulak yang beratur menunggu air. So, aku naik dulu. Buka komputer, letak beg. Tetiba nampak team mate aku masa kat MW dulu jalan macam nak ke kafe. Kirim la sekali teh tarik. Nak bagi duit, dia kata takpe nanti aku guna duit aku dulu.

Tak lama lepas tu, dia bagi teh tarik kat aku. Mungkin rezeki aku pagi-pagi ni. Bagi duit, tak nak. Katanya dia belanja. TQ Nieda. Semoga murah rezeki ya.

Sekian task untuk hari ke-29 cabaran JDT Blogger. Berbaki dua hari sahaja lagi nak tamat. :-)

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger

Lelaki Curang; Ni Makan Dia!


Kita hidup dalam dunia ni sementara je. Jadi buat apalah nak pening-pening fikir masalah sampai berendam air mata. 

Ya, tak salah menangis. Menangislah namun kemudian bangkitlah seperti wanita yang tak pernah mengaku kalah.

Andai kata pasangan kita curang, anggap sajalah dia bukan yang terbaik untuk kita. Move on. Mungkin pasangan kita yang betul, masih jauh dari kita. Sebab tu kita berjumpa dulu dengan pasangan yang salah tu.

Tapi kita kena ingat. Semua orang ada buat salah. Kemungkinan besar kecurangan yang dilakukan oleh pasangan kita tu, adalah kesilapan dia. Dia berhak mendapat peluang kedua; seandainya dia benar-benar bertaubat dan insaf.

Jadi, bagi anda yang berdepan dengan masalah pasangan curang, mungkin tip di bawah boleh membantu.

1)Siasat dahulu tahap kecurangan yang dia lakukan.
2)Jika tahap curang terlalu teruk hingga tuttt, anda perlu berkomunikasi secara profesional (jangan meroyan). Tanya pada dia punca dan tahukah dia kesan daripada kecurangan yang dilakukan.
3)Bawa berbincang dengan orang paling dekat dengan anda sama ada bff atau wali anda.
4)Minta pasangan bertaubat.
5)Jika keadaan semakin kusut, perceraian adalah jalan terbaik.

Aku faham situasi pasangan curang bukanlah satu keadaan yang mudah untuk dihadapi. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Pertama, fikirkan anak-anak anda. Jika anda bergaduh setiap hari, pasti anak dapat kesan buruknya.

Kedua, bercerai ada kala tidak menyelesaikan masalah. Jadikan perceraian sebagai pilihan terakhir selepas anda lakukan semua cubaan untuk menyelamatkan rumahtangga.

Terakhir, usah sorok daripada pengetahuan wali anda. Wali perlu tahu keadaan rumahtangga anda. Berbincanglah. Semoga rumahtangga boleh kembali aman walaupun berat hati sementelah memikirkan si dia curang dengan wanita lain! Sakitnya tuh di sini, taukkkkk.

*Lelaki budiman takkan curang pada pasangannya. Dia sedar diri yang dia dah kahwin dan anggap isterinya sebagai bidadari. Tiada galang gantinya.

*Wanita perlu ada income sendiri sebagai back up jika pasangan buat perangai.

:-)

Rabu, 1 Februari 2017

DAY 28: 31 days challenge by jdt blogger - Pakaian Saya Hari Ini



Selesa mengenakan jeans hari ni. Kerjaya sebagai wartawan, aku agak bebas dari segi pemakaian. Asalkan kemas dan sopan, sudah memadai. Tidak perlu tampil berimej korporat kecuali jika syarikat menerima kunjungan daripada individu kenamaan.

Aku memang selesa mengenakan pakaian santai. Seluar jeans atau skirt labuh dipadankan dengan blaus dan kardigan. Hahaha itu memang style akulah.

Selain seluar jeans atau skirt, selalunya aku pakai blaus labuh dengan kardigan. Aku kurang berbaju kurung, kebaya atau jubah. Bukan tak suka tapi sangat kurang. Baju kurung pun aku ada sehelai dua saja. Jubah adalah dalam tiga pasang.

Tudung pula aku selalu pakai tudung soft awning. Sesekali pakai instant shawl atau syria. Aku boleh je pakai apa-apa tudung pun sama ada sarung terus atau lilit-lilit. Syaratnya mesti kain jenis tak payah iron. Kalau kena iron, biarpun tudung mahal sekalipun, aku pandang sepi. Hahahaha.

#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger