Iklan Nuffnang

Rabu, 9 Oktober 2013

1 Hari 1 Cerita Kini Dah Ada Lima... :-)


WOW! Wow! Wow! Aku sangat teruja melihat facebook Unit Teen@Prima & Kids@Prima. Dalam diam tak diam rupa-rupanya Siri 1 Hari 1 Cerita kini dah ada lima beradik. Senaskhah buku ini dijual pada harga RM22. Namun pada Jualan Gudang Karangkraf 5,6 dan 7 Oktober lalu harga pakej tiga buku hanya RM43. Sungguh berbaloi untuk anda semua. 

Aku menulis dalam dua buah buku yang terawal iaitu Kawan Baru FB dan Powerpuff Girls Mama. Kalau ada yang ingin memiliki dua buah buku ini, bolehlah hantar e-mel pada aku di alamat sme77.my@gmail.com. Jangan segan-segan ya... :-) Tak sabar nak tungguh adik baru Siri 1 Hari 1 Cerita. Comel-comel semuanya... :-)

Cubaan Berkarya Anak Buahku... :-)



SERONOK sangat melihat gambar yang dihantar melalui WhatsApp adik aku mengenai anak buah aku. Lama menulis di atas kertas rupa-rupanya dia menulis cerita pendek. Cubalah baca jalan cerita yang ditulis ni. Ada kisah pasal adik-beradik yang diminta menyalin pakaian sebab ibunya ajak balik ke rumah Tok Kadir. Di akhir cerita Tok Kadir meninggal dunia kerana penyakit trauma. :-)

Di atas kertas yang lain, adik aku hantar juga dua muka surat tulisan anak buah aku mengenai emak saudaranya ini. Oh, aku sangat terharu. Aku bukanlah penulis hebat. Aku pun masih mencuba-cuba menulis novel yang entah bila nak siap. Manuskripnya masih merangkak-rangkak. Namun disebabkan anak buah aku ni hadir masa majlis pelancaran buku 1 Hari 1 Cerita: Kawan Baru FB

yang menampilkan aku sebagai salah seorang penulisnya, dia sangat teruja. Semoga anak buah aku akan terus berjaya dalam bidang yang diminatinya ini.





Majlis pelancaran buku 1 Hari 1 Cerita: Kawan Baru FB.

Selasa, 8 Oktober 2013

Merah dan Jingga pada majlis Tea Talk MIDI & My Couture

Peserta Tea Talk MIDI & MYC berbaju merah hitam :-)
 EVENT lagi. Lagi-lagi event. Event-event lagi. Ha... begitulah intro untuk post kali ini. Menganjurkan event adalah salah satu cara untuk menyempurnakan penjenamaan bagi satu-satu majalah. Itulah yang kami cuba lakukan demi menaikkan dan mengukuhkan penjenamaan MIDI.

Sabtu, 5 Oktober, kami menganjurkan Tea Talk dengan kerjasama My Couture. Kalau anda nak tahu, My Couture adalah butik yang menjual pakaian dalam wanita. Oh, aku memang suka dengan koleksi pakaian dalam di sini. Peserta kami pilih melalui fanpage Majalah Midi Karangkraf yang inbox paling pantas untuk menyertai majlis ini. Seramai 30 peserta semuanya. Meriah sangat majlis ni sebab selain ada sembang-sembang mengenai kesilapan memilih pakaian dalam, ada juga sembang-sembang mengenai mekap (jurusolek, Aida G), kecantikan (Fiza, TV Al-Hijrah) dan fesyen tudung (Mona Din, Butik Hajaba).

Sebahagian team MIDI yang berbaju jingga tajaan My Couture. :-)

3 Hari 2 Malam: Kuala Terengganu

Ha... ini kisah bulan lepas. Tarikh 25, 26 dan 27 September, aku outstation ke Kuala Terengganu. Walaupun tak pernah ke sana dengan cara memandu, sebab selama ni aku naik kapal terbang je, akhirnya sampai jugak ke sana. Jam 10.30 pagi dari Shah Alam, sampai ke sana senja lebih kurang jam 7 malam.

Tujuan ke sana untuk kumpul bahan majalah dan juga penggambaran Apa Kata Wnaita slot Inspirasi 40. Penginapan ditaja oleh Hotel Tanjong Vista. Terima kasih untuk Kak Sue yang sangat peramah. Begitu juga dengan Chef Abd. Razak dan Chef Badri yang memasak hidangan makan malam sedap masa hari kedua kami di sana.

Oh, tidak lupa terima kasih untuk tuan rumah Kak Siti Khotijah yang sudi muncul dalam majalah dan juga penggambaran bersama RTM. Layanan tuan rumah memang first class. Paling best ada durian... :-)

Tak lupa juga untuk Butik ALLafia yang menyediakan busana comel-comel untuk model gayakan. Dannnn paling tak lupa untuk sang jurugambar yang mengambil gambar cantik-mantik untuk dimuatkan dalam majalah MIDI nanti. Kikikiki... akan aku kenang saat kita menikmati nasi kukus berlaukkan ayam goreng di tepi pantai kemudian kita bergambar sakan di tepi laut itu yang sampai ke sudah kita tak tahu apa nama pantai tempat kita lepak melepaskan lelah dua hari bershooting di Kuala Terengganu... :-)