Iklan Nuffnang

Selasa, 17 September 2013

MIDI Masuk TV Laaaaa....



TERSENYUM kegembiraan. Nampak tak aku tersenyum lebar dalam gambar kat atas tu? Hehehe. Akhirnya perancangan rapi yang team MIDI lakukan sejak berbulan dahulu terlaksana dengan jayanya. Majlis ringkas perasmian kerjasama MIDI dengan rancangan Apa Kata Wanita yang bersiaran di TV1 berlangsung meriah pada 14 September 2013 yang lalu.

Bukan mudah untuk 'menyelinap' dalam program televisyen apatah lagi MIDI mendapat slot sendiri yang dinamakan Inspirasi 40 yang diilhamkan daripada beberapa ruangan tetap majalah MIDI seperti Bangkit Kembali dan Inspirasi Hidup. Mengalihkan bahan bacaan ke kaca televisyen menjadikan aku sendiri teruja untuk menonton episod pertama slot Inspirasi 40 yang disiarkan secara langsung bersama pengacara Zamzarina Zambri.

Paling menarik, ketika majlis pelancaran itu, MIDI turut menampilkan Zamzarina dalam ruangan Personaliti Cover. Nampaknya majlis kali ini memberikan makna buat MIDI kerana kali pertama tampil di kaca televisyen, manakala bermakna juga buat Zamzarina kerana kali pertama tampil sebagai penghias kulit depan majalah MIDI.

Masih ada lagi beberapa episod yang akan dibuat. Aku sendiri bakal ke Kuala Terengganu bersama krew RTM untuk membuat penggambaran di sana. Sambil bekerja bolehlah makan kopok lekor :-) Buat peminat majalah MIDI dan Apa Kata Wanita, jangan lupa LIKE facebook Majalah Midi Karangkraf untuk menyertai kuiz. Hantarkan cepat-cepat jawapan anda ke dalam INBOX facebook Majalah Midi Karangkraf. Siapa cepat, dialah pemenang. Hadiahnya boleh tahan lumayan tau!

Isnin, 9 September 2013

Sudi-Sudikan MENGUNDI buku 1 Hari 1 Cerita: Kawan Baru FB Untuk Anugerah Buku PNM-RTM 2013

Salam semua. Hari ni aku nak cerita mengenai Anugerah Buku PNM-RTM. Anugerah ini dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama RTM untuk memberikan penghargaan kepada penulis dan penerbit buku di Malaysia. Buku 1 Hari 1 Cerita: Kawan Baru FB termasuk dalam pencalonan. Aku sertakan ulasan mengenai 1 Hari 1 Cerita: Kawan Baru FB dalam Youtube. Jom saksikan!

Jadi aku ingin menyeru anda semua supaya mengundi buku ini. Nak undi senang je. Pergi ke link di bawah. Isikan nama penulis iaitu Maryam Elyas, Zakiah Abd Ghafar, Lynn Dayana, Nazihatul Hanan dan Laila Kamilia. ISBN buku ini ialah 9789670342597.

Untuk MENGUNDI, sudi-sudikan layari link di bawah.
http://www.pnm.gov.my/anugerahbukupnm-rtm/pencalonan.php

Aku sertakan ulasan mengenai 1 Hari 1 Cerita: Kawan Baru FB dalam Youtube. Jom saksikan!
http://www.youtube.com/watch?v=9TjKJx5BP18

Hujan Turun Lagi - Alaf 21


SELEPAS dua buku genre kanak-kanak, aku berjinak-jinak pula dengan portal ILHAM Grup Buku Karangkraf. Sambil-sambil menaip artikel di rumah, aku melayari portal ILHAM. Aku baca beberapa karya yang mempunyai angka bacaan tinggi. Aku sebenarnya dah lama teringin nak memiliki novel sendiri. Namun, entahlah tak termampu nak menulis kisah matang yang akan mengajak pembaca terus menatap tulisan aku tu. 

Aku terfikir, apa salahnya jika aku menulis cerpen dahulu. Aku buka majalah Mingguan Wanita (MW) kerana dalam majalah tu memang ada ruangan Cerpen. Kemudian aku pun taip cerpen yang bertajuk Jarak Cinta Kita. Mula-mula aku nak hantar ke MW kemudian beralih pula ke portal ILHAM. Jadi pada 26 Februari lalu, aku mendaftar sebagai penulis ILHAM dan aku muat naik cerpen bertajuk Jarak Cinta Kita. Baru beberapa jam aku muat naik, aku lihat angka bacaan telah berpuluh-puluh. Oh, rasa bangga jugalah. Hehe.

Aku jadi semangat nak menulis. Aku pilih kisah lebih berat emosinya. Judulnya Kucari Sinar Cintamu. Aku muat naik pada 27 Februari 2013 iaitu sehari selepas muat naik cerpen pertama. Ya, angka bacaan juga tidak mendukacitakan walaupun tidaklah sampai ribuan. Selang beberapa hari kemudian, aku terima e-mel daripada pihak ILHAM yang memberitahu aku bahawa mereka berminat untuk menerbitkan cerpen aku dalam bentuk buku bersama 24 penulis ILHAM yang lain. Jadi, inilah hasilnya. Kepada yang mahu membaca cerpen ini, bolehlah dapatkan buku Hujan Turun Lagi terbitan Alaf 21 atau layari portal ILHAM.

Saya turunkan link di sini. 

1 Hari 1 Cerita: Powerpuff Girls Mama


Buku kedua yang mengandungi karya aku bagi genre bacaan untuk kanak-kanak, bertajuk Powerpuff Girls Mama. Buku ini masih dalam Siri 1 Hari 1 Cerita. Aku sangat suka dengan cover buku ini. Comel sangat-sangat. Buku ini masih mengekalkan penulis yang sama dengan buku terdahulu iaitu Kawan Baru FB. Harga pun sama, RM22.00. Tak rugi memiliki senaskhah buku ini di rumah anda... :-) Jom baca!