Iklan Nuffnang

Sabtu, 28 April 2012

Stress Penyebab Kanser?

Sejak isu Januari hinggalah Jun, selain ruangan dekorasi, aku juga menyelaraskan ruangan kesihatan. Baru-baru ini, aku menemu bual dua pesakit kanser iaitu kanser limfoma dan kanser servik atau pangkal rahim. Kedua-dua mereka kelihatan sihat walaupun bergelar bekas pesakit kanser. Menurut mereka, ketika kali pertama diberitahu oleh doktor bahawa mereka menghidap kanser, oh, rasanya bagaikan maut menunggu di depan mata.

Aku dapat bayangkan betapa gerunnya apabila mengetahui diri menghidap kanser. Mesti takut. Masa tingkatan enam dulu, kaki aku pernah tertusuk jarum. Jarum jahit tu jatuh kat karpet dan aku tak nampak lalu terpijak. Kemudian jarum tu keluar separuh je. Separuh lagi tertinggal di dalam kaki. Doktor bagitahu aku yang aku perlu menjalani pembedahan kecil untuk keluarkan jarum. Punyalah takut sebab dengar nak kena buat pembedahan. Jadi, aku dapat bayangkan betapa takutnya dapat berita ada kanser.

Jiran dan kawan-kawan aku ada yang cerita begini. Katanya kalau jarum termasuk dalam badan, nanti jarum tu akan berjalan ikut darah. Lepas tu lokasi terakhir jarum tu ialah di jantung. Bila jarum tu tertusuk kat jantung, kita akan mati. Aku punyalah takut. Nak cepat-cepat dibedah supaya jarum tu tak sempat sampai ke jantung. Padahal itu semua hanya mitos sahaja. Begitu jugalah dengan cerita kakak yang ada kanser ni. Dia kata macam-macam cerita yang kawan mereka kata. Kanser ni nanti macam nilah, macam itulah. Sampaikan naik takut nak berubat.

Aku tanya pada bekas pesakit kanser itu, adakah doktor ada beritahu punca-pinca mereka menghidap kanser. Kata mereka, doktor pun tak tahu apakah sebenarnya punca seseorang itu menghidap kanser. Kalau nak kata gaya hidup, kakak ni makan makanan sihat, rajin pulak bersenam di gimnasium, tidak merokok, tidak minum alkohol. Masih kena kanser jugak. Katanya, berkemungkinan besar, kanser boleh menyerang seseorang itu disebabkan stress. Ini adalah andaian sahaja tetapi ada kemungkinan.

Dalam badan kita ni kan ada hormon dan tisu-tisu yang sangat lembut. Tekanan darah kita boleh naik disebabkan apa? Pertama disebabkan makanan. Makan masin-masin darah boleh naik. Selain itu, jangan lupa bahawa tekanan darah boleh naik disebabkan perasaan. Maknanya tubuh kita berubah mengikut kondisi pemakanan, gaya hidup dan perasaan. Kalau kita bijak kawal pemakanan, kita juga perlu bijak kawal perasaan.

Perasaan dan emosi kita boleh mengubah peredaran keseluruhan keadaan tubuh. Emosi dan jasmani perlu seiring. Jangan biarkan diri kita stress kerana kalau kita stress, kita mudah menghidap kanser. Kita tak tahu apa punca kanser. Kenapa seseorang itu boleh dapat kanser? Menjaga kesihatan tubuh semata-mata tidak memungkinkan kita tidak diserang kanser. Jadi kita perlu jaga emosi juga supaya keadaan lebih selamat di samping menjaga pemakanan dan senaman. Kesimpulannya, uruslah stress anda dengan baik.

Panduan supaya tidak stress:
1) Kalau jalan sesak, rileks dan senyum. Jangan marah-marah.
2) Sentiasa dalam keadaan berwuduk supaya jiwa lebih tenang.
3) Berfikiran positif walaupun dalam keadaan yang keliru.
4) Kalau tak cukup duit, jangan stress. Window shopping sahaja.
5) Kalau tengah marah, tarik nafas. Dalam Islam, ada nasihat supaya sejukkan tubuh dengan cara berwuduk.
6) Senyum. Ini adalah sedekah yang paling mudah.
7) Jaga nada suara kala bercakap. Rendahkan tone suara anda.
8) Bagi aku, kalau tak nak stress, aku dengar lagu slow dan makan aiskrim. Ini ubat stress paling selalu aku buat.
9) Ketika banyak kerja yang susah betul nak disiapkan, aku memang stress. Cara aku hilangkan stress ialah aku pasang earphone, silentkan telefon dan panggil idea datang supaya mudah aku mengarang artikel.
10) Kalau stress melayan kerenah orang sekeliling yang cerewet, aku dengar dulu apa yang mereka mahu. Aku hanya mengangguk dan ketepikan dahulu tugas tu. Bila aku dah sejuk, barulah aku sempurnakan permintaan itu.

Tugas aku sebagai wartawan nampak macam mudah. Ada orang lihat aku hanya interview orang dan kemudian menaip artikel. Mereka tidak nampak tugas-tugas lain yang tidak perlulah aku senarai di sini. Stress memang stress. Bukan kerja wartawan sahaja yang stress. Kerja-kerja lain pun stress juga. Di mana-mana sahaja ada stress. Kalau tak bijak tangani stress, mungkin dah lama gila. Eh, bukan tak ada tau kes orang jadi tak betul disebabkan stress.

Aku pernah bertemu dengan seorang wanita bekerjaya tinggi. Anaknya kini jadi tak berapa betul disebabkan tekanan kerja. Padahal anaknya itu minat dengan kerjanya tu. Tetapi disebabkan tekanan yang tak tertanggung, akhirnya anaknya itu jadi tak betul. Wanita ini pernah menasihatkan anaknya itu berhenti kerja kalau tak sanggup hadapi tekanan. Atas dasar minat, anak itu tidak berhenti kerja. Kini anak itu jadi seperti anak kecil dan perlu dijaga sepenuhnya. Simpati aku mendengar kisah wanita ini.

Rabu, 25 April 2012

Edit Gambar Guna Picasa

HARI ini aku belajar edit gambar menggunakan Picasa. Sebelum ni selalu juga dengar orang cakap pasal Picasa. Mungkin aku je yang ketinggalan zaman sikit. Hahaha. Lepas chit chat serba sedikit dengan adik aku tadi, aku pun terus muat turun Picasa. Lepas tu aku cuba edit gambar. Inilah gambar pertama yang aku edit. Cantik tak? 

 sebelum edit 

selepas edit

Khamis, 19 April 2012

Hijabista: Majalah Terbaru Karangkraf

OH, aku sungguh teruja ingin menyelak halaman majalah terbaru Hijabista terbitan Karangkraf. Maklumlah dah lama kami di bahagian editorial ni mendengar bahawa kami bakal mempunyai majalah terbaru dan bakal menemui pembaca bersempena Pesta Buku Antarabangsa tahun ini. Akhirnya penantian kami berakhir apabila majalah ini mulai berada di Karangkraf Mall. Harganya RM10.

Tengah hari tadi aku nak beli tapi Karangkraf Mall punyalah penuh. Masa bersesak nak membeli Hijabista, aku lihat di rak buku majalah tu dah tak ada. Mungkin dah habis. Dalam kesibukan tu nampak Elfira Loy sedang membayar di kaunter. Tak pasti majalah atau buku apa yang dibeli oleh artis kecil molek ni.

Jadi, untuk tidak bersesak di Karangkraf Mall yang tak pernah sunyi dengan pengunjung tu, aku turun semula pada jam 6 petang selepas habis waktu bekerja. Karangkraf Mall tutup jam 7 petang. Oh, seronoknya. Aku sorang-sorang je pembeli yang ada. Majalah ni dah ditambah di rak buku. Puas hati apabila Hijabista ada di tangan. Balik nanti boleh belek-belek. Walaupun aku bukan kaki berfesyen, tapi seronok jugak nak baca pasal fesyen gadis bertudung. :-) Gambar di sebelah ini ialah majalah Hijabista Edisi Pengenalan, menampilan Diana Amir sebagai penghias muka depan. Tahniah buat team Hijabista. Kawan-kawan atau pengunjung blog ini, bolehlah dapatkan majalah ini di kedai-kedai buku berhampiran ya.

Selasa, 3 April 2012

Me & Lollipop

Tetiba rasa cute pula bergambar dengan lollipop nih.
Hahahaha :-)

Petronas & Garrett

"Alamak, gas habis. Macam mana ni? Lauk belum masak lagi!" Ha, jangan bimbang. Kalau gas habis, tak perlu lagi menggelabah. Sebabnya sekarang ni ada perkhidmatan penghantaran gas ke rumah anda. Betul ni. Tak caya?
Semalam aku pergi ke Hotel Mandarin Oriental (3.30pm - 5.30pm) menghadiri majlis pelancaran Servis Penghantaran Gas Petronas. Caranya mudah sahaja iaitu anda hanya perlu dail 1-300-888-427 untuk meminta lelaki-lelaki macho menghantar gas ke rumah anda. Aku kata lelaki macho sebab gambar flyer yang aku dapat ni bukan main macho lagi gambar lelaki nih. Cuba tengok gambar sebelah. Sapalah lelaki dalam gambar ni kan.
Servis ini bukan sekadar menghantar gas tetapi juga pemeriksaan keselamatan percuma dan anda boleh mengumpul mata ganjaran Kad Mesra. Promote Petronas nih.
Dah nama pun tugasan kat hotel sebelah KLCC. Haruslah aku berjalan sekali ke kedai popcorn yang aku nak sangat rasa tu. Selama ni asyik dengar je orang makan popcorn sedap tu. Nama kedai tu ialah Garrett. Kalau tak sebab tugasan memang aku tak pergi KLCC sebab sebagai golongan yang bukannya kaya-raya, di situ juga bukanlah lokasi pilihan aku untuk bershoping. Hehehe. Aku pun beraturlah untuk membeli popcorn tu. Sebungkus saiz small harganya RM19. Tu belum saiz medium atau large tau. Kira mahal popcorn ni. Tapi apabila masuk je dalam mulut, terasa keenakannya. Puas hati! Terbaik! Di samping beli popcorn, aku jugak beli bedak padat Loreal, penggaris mata Loreal dan pelembap muka Olay sebab stok kat rumah semua dah habis. Banyak pula membelinya. Inilah kalau tugasan di pusat beli-belah. Jadi macam ni la uols.