Iklan Nuffnang

Isnin, 26 Mac 2012

Malam Media Red Box Lagi...

SUMBER: www.budiey.com

March 26th, 2012 | Category: Events |
0 Comments


Meriah, gamat dan happening. Mungkin itu boleh diungkapkan semasa Budiey menghadiri Malam Media Red Box, satu acara tahunan anjuran Kumpulan Karaoke terkemuka Red Box. Ianya diadakan sekali lagi di salah sebuah cawangannya di Red Box Ria, Tingkat 8, KL SOGO pada hari Rabu, 21hb Mac 2012 lalu, bukan sahaja menjemput media malah para blogger terkenal juga dijemput.

Media Nite Red Box 2011

Hadir semasa memberi ucapan pada malam tersebut ialah Pengarah Urusan Grand Surf Sdn. Bhd., Ms. Valerie Choo berkata, “Setiap tahun, kami sentiasa mengambil sedikit masa untuk merenung kembali apa yang telah kami lakukan sepanjang 12 bulan lalu supaya dapat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang kami terima. Ia merupakan satu faktor penting dalam mengekalkan hubungan baik dengan syarikat rakaman, rakan niaga, kenalan dan terutamanya media sendiri sebagai tanda penghargaan di atas segala bantuan dan sokongan penuh mereka”.

Seperti tahun sebelumnya, majlis dilengkapi dengan penyampaian Anugerah Lagu Karaoke Popular 2011, yang terdiri dari 10 Lagu Karaoke Inggeris & 10 lagu Karaoke Melayu Popular 2011. Satu perubahan yang begitu ketara tahun ini adalah, didapati sembilan dari sepuluh lagu yang terpilih untuk Carta Karaoke Melayu Popular 2011 merupakan lagu-lagu tempatan.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana carta karaoke selalunya dikuasai oleh lagu-lagu dari seberang. “Selain bersandarkan kekuatan dan populariti lagu-lagu tersebut di kalangan pelanggan Red Box, kami percaya bahawa sokongan semua pihak terutamanya media dan kerajaan sememangnya penting untuk lagu-lagu tempatan terus menjadi pilihan karaoke dan mengungguli carta. Kami melihatnya sebagai suatu perkembangan yang sihat dan berharap agar usaha menyokong industri muzik tempatan ini berkekalan”, tambah Ms. Valerie lagi.

Anugerah tersebut disampaikan kepada para artis dan wakil syarikat rakaman yang berjaya oleh Ms. Valerie sendiri. Tambah Ms. Valerie lagi, “Kami amat berbesar hati kerana sekali lagi berpeluang menganjurkan acara ini, sekaligus mengumumkan Anugerah Lagu Karaoke Melayu & Inggeris Popular untuk tahun 2011. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan di atas sumbangan dan bakat yang lahir di dalam industri muzik tanahair dan antarabangsa. Semoga pengiktirafan ini diterima dan mampu menampilkan keunikan Red Box di dalam industri ini berbanding dengan pusat karaoke lain di luar sana. Saya juga berharap agar kerjasama yang terjalin antara kita semua akan berterusan”.

Aktiviti pada malam itu termasuklah sesi berkaraoke, acara makan malam, permainan dan cabutan bertuah yang dimeriahkan dengan pelbagai hadiah menarik antaranya barangan eletrik, hamper, baucer tunai, kamera digital, kamera video dan hadiah utama seperti TV LCD 40”, Smartphone dan iPad2.

Grand Prize Winner:

1. Baharina Kamarul Baharin Asst. A&R Manager, Sony Music Malaysia – iPad2
2. Shahril Azwan Marcomm Executive, Suria.FM – Samsung Galaxy Tab 7.0
3. Siti Mariam Elias – Journalist MIDI, Kumpulan Media Karangkraf – LCD TV 40”

Media Nite Red Box 2011

Ahad, 25 Mac 2012

Lencun di Sunway Lagoon

SABTU, 24 Mac 2012 adalah sambutan Hari Keluarga Kumpulan Media Karangkraf.Jika sambutan lepas diadakan di Tambun, kali ini dibuat di Sunway Lagoon. Seronok juga main air dan buat aktiviti lasak di Extreme Park. Paling best hari tu yang aku buat adalah main motor AVT.

Ya, inilah aku kala menunggang motor AVT. Aku pernah naik motor ni dulu masa bertugas di Pulau Langkawi. Masa di Pulau Langkawi, masa tu naik dengan jurugambar Jelita, Nasir Roli. Lebih kurang 30 minit naik masa dulu tu. Di sini lebih kurang 10 minit. Laluannya lebih menabar di Pulau Langkawi. Aku faham, di taman tema ni bukanlah nak beri pengalaman yang terlalu mencabar. Hanya untuk mencuba sahaja. Tapi kira memadai untuk mencuba kemahiran memandu anda!

Anis posing dengan motor AVT selepas habis menunggang. Dia yang pegang kamera, haruslah gambar dia takde masa di laluan dalam semak tu. Hehehe. Suzi pulak tersangkut di tengah jalan sebab katanya dia terasa nak jatuh. Terpaksalah abang berbaju oren yang menjadi ketua menunggang ni tolong tarik dia. Syean na Suzi...

Aku juga mencuba permainan memanah. Sekali memanah diberi lina anak panah. Daripada lima anak panah tu, empat daripadanya tersadai di atas tanah. Tak sampai ke papan pun. Hanya satu je yang terpacak di gabus sasaran. Hehehe. Kira OKlah bagi orang yang kali pertama memegang busur, ye tak? Suzi pula main tembak paint ball. Best juga main tembak ni. Tapi berat oooo senapang dia tu.

Ha, ni gambar Suzi masa mula-mula sampai. Tersenyum lebar. Memang beza sungguhlah senyuman dia selepas naik kereta api laju ala-ala roller coaster. Kata Suzi, sumpah dia tak akan naik lagi roller coaster sampai bila-bila waima dibayar sekalipun. Serik sungguh nampaknya ye. Aku pun serik jugak. Hahahahahahhaha.... Tapi pengalaman naik kereta api ala-ala roller coaster tu memang menakutkan. Terasa macam nak tercampak daripada tempat duduk. Seram!!!!!


Study petalah konon tu kan.... Hehe. Seorang kakitangan Sunway Lagoon memberikan kami peta untuk memudahkan kami pergi ke semua taman tema. Ada lima taman yang boleh kami pergi. Tak ingat apa nama taman tu tapi semuanya memang best. Suzi, Zam dan Anis pergi Scream Park a.k.a rumah hantu. Aku mula-mula memang nak masuk. Tapi selepas dengar penerangan daripada kakitangan di situ, kami disergah oleh hantu di muka pintu. Terus aku tak masuk. Hahahahaha. Kurang asam punya hantu. Sergah aku macam tu. Haruslah aku takut. Lepas diorang keluar dari rumah hantu tu, aku tanyalah Suzi, amacam? Seram tak? Suzi dan Anis kata seram gile. Fuhhh mujur aku tak masuk. Suzi kata seram sangat tapi boleh tahan lagi kalau nak dibanding dengan naik roller coaster tu. Hikhik. Suzi siap kata lagi, pergi memana dengan Zam memang semua tempat wajib pergi. Hikhik. Teringat masa pergi Zoo Melaka. Anak katak pun dia nak tengok. Haha.



Ini pula gambar semasa kami melalui jambatan gantung. Nak naik ke jambatan gantung ni, kena naik tangga. Asalnya aku memang taknak naik. Tinggi tu jambatan tu. Tapi kawan-kawan kata cuba dulu, jalan slow-slow. Haha, aku boleh naik tanpa semput pun. Mengah sikit jer. Sampai ke kat atas tu, amik-amik gambar lepas tu tengok bawah... mak aiii tinggi tu. Iskkk terus gayat. gayat rupa-rupanya aku ni...


Inilah kami bertiga.... yang tak dapat hadiah lucky draw. Huhu. Apa-apa pun memang best bermain-main di Sunway Lagoon. Seronok sangat....

Khamis, 22 Mac 2012

Media Nite RedBox

21 Mac 2012, aku memenuhi jemputan daripada Aje, PR RedBox yang kiut-miut tu. Jemputan ini adalah untuk majlis Media Nite. Kali ini ialah kali ketiga aku hadir ke majlis begini. Masa mula-mula dulu, kali pertama aku hadir sebagai wartawan Jelita di RedBox Sogo.
Kali kedua aku hadir juga sebagai wartawan Jelita di RedBox The Gardens. Masa tu aku dapat hadiah cabutan bertuah pemain DVD jenama JVC. Kali ini aku hadir sebagai wartawan MIDI pula. Tahun lepas aku dijemput juga tapi tak berkesempatan nak pergi. Tahun lepas dibuat di RedBox IoI Mall Puchong. Tahun ini aku terasa nak pergi sebab memang best Media Nite RedBox.
Selain ada games yang riuh-rendah tu, boleh lepas tension nyanyi-nyanyi reramai dengan rakan sekerja. Kemudian, makanan kat RedBox semua sedap-sedap terutama aiskrim yang ala-ala aiskrim McDonalds tu. Nyanyi, makan, jumpa rakan media daripada organisasi lain, lepas tu ada cabutan bertuah pula. Kan best tu. Betul-betul Media Nite. Dipendekkan cerita, malam ni aku pergi lagi ke Media Nite RedBox. Pejam celik dah lama jugak aku tak ke RedBox selepas Suzi dan Anis sambut birthday aku di sini. Huhuhu.
Sampai-sampai je, aku dan Anis diberitahu oleh penganjur, Karangkraf bilik nombor 25 ye. Aku pun pergi sambil diiringi kakitangan RedBox. Wow... besarnya bilik kitorang. Bukan satu bilik ya, tapi ada dua bilik besar disediakan untuk kami. Maklumlah kami kan penerbit terbesar di tanahair. Bangga kejap! Hehehe. Lepas nyanyi, ambil makanan, makan kemudian sambung nyanyi.Lepas tu, jam 8.30 malam kami dipanggil untuk acara permainan dan cabutan bertuah. Dipendekkan cerita lagi.... oh lihat saja gambar di bawah ye.

Aku menang cabutan bertuah televisyen LCD jenama Sony 40 inci..... bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa...... TQ Redbox... Alhamdulillah.