Iklan Nuffnang

Isnin, 17 Oktober 2011

Kafe @ Warong Kopi Che' Amah

YEAH, kafe baru di pejabat aku beroperasi untuk hari pertama pada hari ini. Dah lama aku ternanti-nanti kafe ni dibuka. Kedudukan kafe ni sebelah je dengan Karangkraf Mall @ kedai buku. Jom makan!

Jumaat, 14 Oktober 2011

Happy Birthday 2011 & The Secret Life Of Nora

KISAH semalam tapi baru hari ini berkesempatan untuk dimasukkan ke dalam blog peribadi aku ni. Semalam hari ulang tahun kelahiran aku yang seterusnya (taknak cakap umur sebenar) hehe. Nampaknya umur semakin meningkat. Seronok sambut hari jadi tapi yang tak berapa bestnya apabila berbicara pasal usia yang semakin meningkat. Memang benar, orang perempuan ni memang sukar nak mengakui usia yang semakin tua. Itulah antara isu yang selalu kami bincangkan dalam majalah tempat aku kerja. Majalah orang berusia...
Team majalah aku nyanyikan aku lagu happy birthday. Siap ada peluk-peluk dan ucapan daripada diorang. Selamat hari jadi, selamat sihat selalu, panjang umur, murah rezeki dan semoga cepat dapat jodoh. Huhu.
The best part...semalam Anis dan Suzi belikan aku kek. Kek kegemaran aku daripada kedai kek yang paling mantap kelazatannya iaitu Secret Recipe. Semua kek aku suka dan semalam diorang belikan kek keju. Ahhh sedapnya. Tapi takde nyanyi-nyanyi, takde lagu-lagu. Sebabnya Suzi sibuk yang teramat sangat nak masukkan artikel dalam server. Ohhhh sedih.... tapi apakan daya, aku terima seadanya. Pun begitu aku gembira, gumbira sesangat. Terima kasih pada Anis yang membelikan kek secara bersendirian tanpa Suzi di sisi...
Malam pula... the another best part... hadiah hari jadi. Aku pergi menonton teater The Secret Life Of Nora di Istana Budaya. Memang best sesangat teater ni. Terima kasih kepada penaja tiket ini. Memang betul-betul hadiah hari jadi nih...
Best juga apabila dapat SMS ucapan hari jadi daripada Mama, Non dan Jiha. Jiha lagi la seminggu sebelum hari jadi dah wish dah. Katanya nanti telefon dia cikgu simpan. Bimbang tak sempat ucap, dia ucap awal-awal. Kelakarlah adik aku sorang tu. Lepas tu Sita pulak wish dalam GTalk. Canggih. Anak sedara aku yang comel tu pulak wish dalam FB. Lagi canggih. Pastu siap cakap aku tak jaga mata sebab dah jadi mata empat... Erm... rindu pulak kat anak sedara...

Sebelum masuk ke dalam ruang persembahan, kami bertiga ambil gambar di ruang legar dulu. Ada gaya perisik tak? Hehe...
Inilah tiket dan buku program yang aku dapat masa mendaftar. Bestnya... nak sambut hari jadi selalulah macam ni... Selamat hari jadi, Mariam...

Selasa, 11 Oktober 2011

Bercermin Mata... rabun silau

INILAH penampilan terbaru aku. Bercermin mata dengan bingkai gelap. Masalah rabun silau yang aku hadapi nampaknya semakin meruncing. Tak adalah sampai tahap buta. Haha. Cuma kalau dulu (10 tahun lalu ketika belajar di UiTM), aku rabun silau pada mata sebelah kiri saja. Sekarang mata kiri makin teruk dan mata kanan ada sikit silau. Rabun jauh tak ada ya, cuma silau sahaja. Minggu lepas, kepala aku asyik pening sahaja. Makin tengah hari, makin terasa peningnya. Masa tengok TV pun makin pening. Sampaikan nak lelapkan mata pun susah. Akhirnya, aku pun pergi kedai cermin mata dan buat pemeriksaan. Kemudian pilihlah bingkai cermin mata yang berkenan di hati. Harganya hanya RM238 sahaja tapi meningkat jadi RM300 sebab aku ambil sekali kaca yang ada pelindung UV dan untuk skrin komputer. Maknanya kalau berada di luar dan kalau menghadap skrin komputer lama-lama sangat, tak silau sangatlah. Itu kata jurujual tu. Aku buat cermin mata ni Sabtu lepas. Hari ini dah Selasa. Selama tiga hari ni, aku tak berasa pening sangat tapi aku sangat tak selesa sebab ada sesuatu di muka. Rasa tak best je. Kepada semua, jagalah mata anda. Rugi kalau terpaksa memakai cermin mata...