Iklan Nuffnang

Rabu, 28 September 2011

Selamat Hari Jadi, Suzi...


SELAMAT hari jadi untuk sahabat aku, Suziana. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera, gembira dan bahagia selalu. Semoga cepat-cepat bertemu jodoh yang menambah kebahagiaan sedia ada. Semoga Allah memberi rahmat-Nya kepada kehidupanmu sehingga ke akhirat nanti.
Hari ini aku dan Anis membuat sambutan kecil-kecilan hari jadi Suzi di pejabat. Aku tempah kek ini semalam petang. Kakak yang buat kek ni ialah pembaca majalah MIDI dan aku pernah interview dia untuk ruangan ISU dalam majalah MIDI. Nak tempah kek yang hebat-hebat tak sempat sebab last minute. Jadi kek coklat sahajalah. Itupun sudah memadai dan cukup menggembirakan. Tempah kat kakak ni senang sebab dekat je dengan pejabat.
Inilah gambar yang sempat dirakamkan. Macam biasa, Suzi tersipu-sipu malu sebab sambut kat pejabat. Pejabat ni dahlah besar, orang ramai, satu pejabat nyanyikan lagu hari jadi untuk Suzi. Semua bertepuk tangan. Memang sporting orang Karangkraf.... :-)

Selasa, 27 September 2011

Me & Botak

HAA.... cuba tengok gambar ni. Teka siapa? Mungkin ada yang kenal dan mungkin ada yang masih belum kenal. Kalau kenal pun mungkin cuma tahu nama watak dia dalam drama bersiri Juvana. Inilah dia lelaki yang bawa watak Botak dalam drama itu. Aku ambil sedikit info pasal Botak dalam blog www.beautifulnara.com.
Dalam blog itu tulis nama sebenarnya ialah Johan Ariff Asari. Lahir pada 1986. Asal Pulau Pinang.
Pagi tadi saat sedang membuat kerja, tiba-tiba Anis telefon aku. Katanya Botak ada kat tempat Media Hiburan. Aku pun meninjau. Yes! Memang dia ada. Aku pun kata, Anis, aku nak ambik gambar dengan Botak, lah. Dan dengan lajunya aku pun ambil Blackberry aku dan jalan ke tempat Media Hiburan. Editor Media Hiburan sangat best. Dia kata, ha ni sorang lagi peminat, dari Majalah MIDI. Dan Anis pun ambilkan gambar aku dengan Botak.
Walaupun sekarang watak yang dibawakan ialah Aril dalam drama Cinta Alesya, aku tetap lebih suka panggil dia Botak. Sebab sesuai sangat nama Botak tu dengan perwatakan dia. Bukan Johan atau Aril... tetap Botak.

Cermin Depan Kereta Aku Pecah

INI kisah minggu lepas. Aku ingat lagi waktu tu balik dari Shah Alam tengok bola kat kedai mamak. Malaysia lawan Jepun. Di Lebuhraya Persekutuan tiba-tiba cermin kereta aku meletup lalu retak beribu-ribu. Nasib baik tak berderai. Cermin ni cermin original dan ada dua lapisan. Selama 12 tahun pakai kereta ni, inilah kali pertama cermin ni pecah. Nak kata kena batu, takde pulak batu atau apa-apa benda yang keras kena kat cermin tu. Tiba-tiba je bunyi meletup dan cermin tu terus retak.
Masa tu aku rasa aku kat area pusat beli-belah Empire Gallery. Aku pandu kereta perlahan-lahan sampailah aku rasa cermin tu dah semakin retak seribu dan dah rasa habuk-habuk halus semakin banyak sampai macam pedih mata aku. Masa tu aku dah sampai kat Amcorp Mall. Suzi telefon abang dia dan abang dia nasihatkan supaya jangan bawa dah kereta tu. Kena pecahkan cermin tu dulu dan bersihkan kaca baru boleh jalan. Dia kata habuk cermin tu bahaya. Kereta punyalah banyak. Aku kalau bab-bab kereta rosak tepi jalan ni memanglah benda yang paling aku menyampah sekali. Jadi, semua Suzi uruskan. Dia telefon sana sini. Aku cuma berdiri, mengharapkan ada orang datang membantu dan aku boleh balik ke rumah, mandi dan berehat. Kesimpulannya... ini ialah pengalaman tak best nak dikenang!

Ahad, 11 September 2011

Rumah Terbuka, Yey

SALAM semua. Hari ni nak cerita pasal rumah terbuka buat julung-julung kalinya yang aku adakan kat rumah. Mana pernah buat rumah terbuka selama ni. Entah macam mana Aidilfitri kali ni hati aku 'terbuka' untuk buat rumah terbuka. Semuanya sebab idea Suzi. Dia yang sarankan buat rumah terbuka untuk menjamu kawan-kawan yang masih berstatus bujang.
Bukan apa... sebab maklumlah rumah kami ni rumah bujang. Semua yang ada di rumah ni hanya ala kadar sahaja. Jadi malu nak jemput mereka yang dah berpasangan yang semestinya sudah terbiasa dengan segala peralatan lengkap di rumah. Rumah rang bujang selalunya sempoi. Rumah aku tak ada meja makan, jadi semuanya hanya makan di lantai sahaja. Sempoi, kan?
Satu-satunya orang yang dah kahwin yang dijemput ialah adik aku yang kat Bandar Seri Putra tu. Dengan adik sendiri takde la malu. Hikhik

Suzi dan aku selaku tuan rumah. Suzi masak laksa, aku masak soto, rendang, sambal tumis, bergedil.

Azza yang sampai selepas penat bertugas.
Azza, Zidni dan Irsyad, tetamu paling lewat balik. Syok lepak sampai Maghrib...

Julida dengan ehem-ehemnya.
Masa ni Azza baru je sampai. Jalan jem.


Tu dia, makan dengan duduk bersila sahaja.
Suzi dengan adiknya. Eh adik ke?


Anis dan Zam, tetamu paling awal balik. Sakit perut katanya...
Yey, anak sedara datang umah. Best best...


Anis sebelum kejadian sakit perut. Syean Zam tak sempat makan. Iskkkk nak pukul Anis. Aku ucapkan terima ksih kepada semua tetamu yang sudi hadir ke rumahku yang tak seberapa ni. Harap juadah yang disediakan memenuhi cita rasa kamu semua. Segala kekurangan harap dimaafkan ya. Untuk Anis, tima kasih sebab bawak kek batik. Sedap na.... begitu juga dengan Zid, bawa kuih peneram yang sangat best. Seronok panggil kengkawan makan kat rumah. Insya-Allah tahun depan kami buat rumah terbuka lagi ye. Harapan aku, dapatlah buat di rumah baru.

Jumaat, 9 September 2011

Kad Raya MIDI

Masih dalam mood raya. Kali ni aku muat naik kad raya majalah MIDI. Cantik tak? Selamat hari raya untuk semua...

Selasa, 6 September 2011

Sila tinggalkan suami orang yang menagih cinta anda, jika....

Ini merupakan entri yang saya harus berikan A+ dari individu yang berpengalaman dalam berpoligami. Insya Allah kita boleh mempelajari sesuatu dari blog http://cintarahsia.blogspot.com/

Petikan dari blog:

Sila tinggalkan suami orang yang menagih cinta anda jika:

1. Kalau lelaki tu bercerita tentang keburukan isteri dia, mengaku tak sayang isteri dia, yang buruk segalanya isteri dia, mengaku tak bahagia, tapi masih kekal dalam rumahtangga tu bertahun-tahun lamanya, walaupun lepas korang dah sanggup terima dia, maka tinggalkan la dia. Kenapa? Sebab, lelaki sekarang dah tahu, market value diorang ni tinggi, sebab sekarang lelaki yang layak dikahwini dah jadi kurang. Maka kalau betul la dia tak bahagia, yang busuk segalanya isteri dia, baik dia berpisah dan cari pengganti baru. Kalau dia guna alasan anak-anak, korang tinggalkan la jugak, sebab nanti anak-anak jugak la yang akan dia jadikan alasan untuk lalai pada korang lepas berkahwin nanti. Sebab dia dah tau, alasan anak-anak tu alasan yang ‘laku’, jadi lenkali boleh digunapakai semula. 80% lelaki yang kutuk isteri dia itu ini pada girlfriend mereka tu semuanya menipu. Cakap macam-macam, padahal isteri mereka elok je.

2. Kalau lelaki tu rajin mengajak anda keluar, berjanji itu ini, kemudian bila korang bercakap pasal memanjangkan perhubungan menjadi jalinan sah, dia mula mengelak dengan pelbagai alasan, maka tinggalkan la dia. Sebabnya, lelaki yang betul-betul menyayangi kita, yang betul-betul ikhlas, dia akan ingin bertanggungjawab pada kehidupan kita dunia akhirat. Kalau dia selalu mengelak komitmen, ini menunjukkan korang ni cuma peneman dia kala sunyi, bahan untuk berseronok-seronok, bukan untuk dijadikan isteri. Ye la.. Kan seronok kalau dia dapat tunjukkan kat kawan-kawan dia, dalam usia yang makin tua, anak dah berderet, dia dapat jugak ngorat gadis muda.

3. Kalau keluarga dia berantakan, anak-anak nampak huru hara, isteri tak rupa manusia, maka tinggalkan la dia. Sebab, keluarga dia, terutama isteri dan anak-anak dia, merupakan testimoni terbaik dia. Kalau elok rupa keluarganya, maka bermakna dia berjaya pemimpin mereka dengan baik. Kalau huru-hara, paham-paham je la. Lelaki begitu tak payahlah nak dibuat suami. Jangan cari penyakit!

4. Kalau dia cepat je berjanji nak menceraikan isteri dia, maka tinggalkan la dia. Macam kontra dengan yang pertama tadi, kan? Biasa la… Benda ni memang nampak macam saling berlawan. Tapi, sebabnya mudah je. Kalau bini yang dah bertahun-tahun dinikahi tu senang je dibuang, anak-anak mudah diketepikan, apa bezanya dengan korang nanti? Senang-senang jugak la diketepikan, kan? Aku rasa, sebenci manapun sorang lelaki tu dengan isteri dia, nak melepaskan tu tetap takkan jadi mudah. Sebab? Orang lelaki ni selalu melihat anak-anak sebagai satu achievement peribadi dia. Penat-penat berladang kan, hasilnya mestilah dia pandang penuh bangga. Hahaha… Jadi kalau mudah sangat dia nak lupakan tu semua, boleh la kita pertikaikan kebaikan dan keikhlasan lelaki tu.

5. Kalau korang ada terlintas walau sekali pun kat kepala korang kelemahan lelaki tu, baik dari segi mental, fizikal, kewangan, emosi dan lain-lain, maka tinggalkan la dia. Sebab, kalau kita nak jadikan seseorang lelaki tu sebagai suami, dia mesti lebih segalanya dari kita. Kebijaksanaan mesti lebih, kekuatan fizikal mesti lebih, kestabilan kewangan mesti lebih, ketahanan emosi mesti lebih. Pendek kata, semua mesti lebih. Takde maknanya nak buat filem Hindustan. Kononnya tak kisah kalau dia kurang berkemampuan la, badan nampak macam lemah, kurus keding, tua kecut semua tu.. Takde maknanya ok. Nak dibuat suami ni mesti tip top. Kalau korang ada sepintas lalu pun terasa dia macam kurang cerdik, kurang stabil dari korang, tak payahlah nak diteruskan hubungan, jauh sekali nak dibuat suami. Sebab nanti bila jadi isteri, kelemahan yang sepintas lalu tu la yang akan jadi racun, yang akan jadi bahan penyesalan korang. Jadi baik angkat kaki awal-awal.


Dipetik daripada: http://motivasiminda.wordpress.com/2007/05/09/panduan-untuk-perempuan-cara-berpoligami/

Teks ini ialah petikan daripada link yang aku berikan di atas. Panduan ini sangat berguna untuk dikongsikan. Harap dapat ambil pengajaran daripada teks ini ya. Ada lima panduan untuk memilih calon suami yang baik dan terbaik. Perkahwinan bukanlah untuk sehari dua tetapi untuk seumur hidup. Kesilapan memilih pasangan boleh menjadikan hidup lebih menderita sebelum berkahwin. :-)