Iklan Nuffnang

Rabu, 24 Ogos 2011

Photobook Comel...

Assalammualaikum, kali ni aku teruja nak cerita pasal buku gambar atau photobook. Buku ni aku tempah di Ultimate Print, anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf. Aku tempah tahun lepas pada September 2010. Tarikh tutup tempahan ialah pada September 2011. Malas dan tak cukup masa nak tempek gambar menyebabkan hampir setahun photobook ni terperap dalam laptop aku.
Disebabkan nak tarikh tutup aku peruntukkan sehari suntuk menghadap laptop hujung minggu lepas memilih gambar dan buat apa yang patut. Dan disebabkan teruja nak bawak balik kampung, aku tempah secara online pada Isnin 22 Ogos dan aku mintak jasa baik orang Ultimate Print siapkan pada hari ini iaitu Rabu, 24 Ogos. Kelas... perkhidmatan yang sangat mantap, akhirnya dalam jam 2 petang, buku gambar aku ni siap dan boleh diambil di pejabatnya.



Photobook ni senang sangat nak buat. Hanya perlu muat turun perisian U-Print. Lepas tu pilih buku yang kita nak. Kemudian anda pilih gambar dan masukkan je ke dalam folder yang telah ditetapkan. Tak akan ada masalah. Aku yang tak berapa reti guna perisian grafik pun boleh buat.

Aku pilih gambar cover yang aku rasa paling cantik dan sungguh bermakna. Aku rasa percutian sambil bekerja ketika di majalah Jelita dulu ke Korea adalah pengalaman paling menyeronokkan dan mengasyikkan. Sebab tulah aku pilih gambar tu. Anda perlu ingat, gambar untuk cover hendaklah besar saiznya. Kalau tak nanti tak cantik sebab gambar pecah-pecah.

Anda boleh letak gambar percutian anda.... gambar kahwin ke....



Bagi aku, aku letak gambar jalan-jalan. Ada jugak gambar raya. Buku aku ni ada 40 muka surat. Jadi memang kena ada banyak gambar. Apabila siap je buku ni, tak sabar aku nak tengok. Rasa seronok sangat. Sekurang-kurangnya gambar-gambar ni kelihatan macam tersimpan dalam satu tempat dan boleh dilihat pada bila-bila masa. Sekarang kan gambar semua dalam bentuk digital jadi memang jarang-jarang pergi cuci di kedai gambar. Jadi album pun tak banyak. Photobook ini adalah salah satu penyelesaian bagi mereka yang selalu takde masa nak pergi kedai gambar dan cuci. Anda hanya perlu duduk di rumah dan tempah secara online. Mudah!

Photobook yang aku buat ni harga asalnya ialah RM198 bagi satu unit. Tapi sebab aku tempah masa ada potongan harga, aku hanya bayar RM99 sahaja... berbaloi. Pilih kertas yang glossy... hasilnya sangat mantap. Puas hati!

Selamat Hari Raya...


KALI ini entri adalah pasal raya. Mood raya untuk tahun 2011 dah sampai ke kemuncaknya sebab hari ini adalah hari terakhir aku kerja sebelum bercuti selama 11 hari bersempena sambutan Aidilfitri. Barang-barang yang nak dibawa balik ke kampung semua dah ada cuma belum sempat nak packing je. Baju Melayu untuk abah, kain pelikat untuk abah, baju Melayu untuk Azam, baju Melayu untuk Atiq, baju kurung untuk mama dan kuih raya semua dah ada.
Tahun ni aku tak buat kuih raya seperti mana tahun lepas. Tak tahulah kenapa tapi memang tak berkesempatan nak buat. Letih satu macam la bulan puasa tahun ni. Tahun ni jugak aku jarang masak untuk buka puasa. Kalau masak pun simple-simple je. Tahun lepas lagi meriah rasanya. Kalau buka kat rumah pun, beli kat bazar Ramadan.
Secara peribadi, aku rasa Ramadan tahun ni cepat sungguh berlalu. Rasa macam baru je beberapa hari puasa tapi rupa-rupanya Ramadan dah hampir sampai ke kemuncaknya. Cepat sungguh.
Sebelum bercuti esok, aku dah siapkan semua kerja. Dah beres semuanya. Tapi aku tahu, kerja yang menunggu selepas bercuti nanti memang menimbun. Sikit-sikit aku cuba juga nak buat kerja untuk selepas raya tu tapi tak boleh. Sebab mood nak bercuti dan nak beraya ni membuak-buak. Sudahnya, aku cuma siapkan kerja yang perlu disiapkan sahaja. Yang selebihnya biarlah aku hadapi selepas bercuti.
Akhir sekali, untuk mama dan abah, Yam minta maaf banyak-banyak kalau ada buat salah. Untuk adik-adik aku iaitu Sita, Non, Atiq, Tiqah, Jiha dan Azam, selamat hari raya. Nak duit raya, kena salam peluk cium dan nagis-nangis dulu tau. Untuk anak sedara aku, Nuha, Izzah dan Aunee, chumel-chumel sangat korang ni. Untuk Suzi dan Anis, salam lebaran untuk kamoo berdua. Untuk pembaca blog aku yang terbabas ke sini, selamat hari raya untuk anda. Dan untuk 'pengintai' yang suka baca blog aku, selamat hari raya, teruskan mengintai ye.... kita suka!

Rabu, 17 Ogos 2011

Kisah Dongeng - Stacy

Kusedar kutak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu kuberhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintaiku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu
Dalam waktu hiba
Kuharapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah kumerasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sendu
Dalam waktu hiba
Kuharapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja...

Ahad, 14 Ogos 2011

Buat Kuih Raya...

RAMADAN datang lagi. Macam tahun lepas, aku buat sendiri kuih raya. Jimat sikit duit bila kita buat kuih raya sendiri. Aku memulakan aktiviti buat kuih raya ni dengan kuih yang dinamakan Biskut Makmur. Saje je buat biskut ni sebab raya kali ni kan dekat-dekat dengan Hari Merdeka. Jadi, kemakmuran dalam negara kita ni sangatlah penting... kira macam kuih raya bersempena merdeka gitu.
Gambar akan dimasukkan kemudia ya...

Rabu, 10 Ogos 2011

Kisah Hati

Hatiku hatimu menjadi satu cinta
Kurasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama nanti di atas sana
Biar kusetia menjaga cintamu selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama nanti di atas sana
Biar kusetia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar kusetia menjaga cintamu selamanya

* Oh lagu ni memang sangat-sangat best. Memang touching sangat bila dengar lagu ni dan selami liriknya. Lebih-lebih lagi bila tengok klip video lagu ni. Tema lirik lagu ni, mengikut pandangan aku ialah pasal cinta tak kesampaian. Di dunia ni cinta tak kesampaian dan si wanita ni dengan penuh emosi memasang harapan untuk memungkinkan mereka bersama di alam yang kekal abadi... kesetiaan untuk bersama sang kekasih di alam yang lain. Masih ada lagikah insan yang setia macam ni ya? Tak dapat bersama di dunia, ingin terus hidup bersama di akhirat nanti?

Kredit:
Penyanyi - Alyah
Pencipta lagu - 6ixth Sense
Pengarah muzik video - Ghaz Abu Bakar